Bekas pelajar UCD Ariff Alfian Rosli kini berkahwin sesama jenis




Di awal kes ini mula tersebar saya seperti tidak berminat untuk mengambil tahu kerana kisah orang hilang ini sudah terlalu biasa. Hampir setiap hari media melaporkan kisah mencari ahli keluarga terpisah atas sebab2 tertentu. Dari hari ke akhir. Kisahnya semakin menarik saya mengikutinya.


Bermula dari pendedahan si bapa Rosli Haron, 56, pesara TLDM mengenai kehilangan anaknya yang merupakan bekas ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang SMK wangsa maju seksyen 5.


Ariff dikhabarkan gagal dihubungi sejak 3 tahun yang lalu malah keluarganya pernah 8 kali berulang alik ke Dublin dalam usaha menjejak beliau. Mungkin usaha keluarganya itu berasaskan untuk menyelesaikan masalah tuntutan dari pihak petronas yang pernah menaja Ariff ke UK dulu kini mula menuntut bayaran balik pinjaman tersebut setelah didapati Ariff gagal menghabiskan sisa pembelajarannya


Selepas tersebarnya berita tersebut juga sudah sampai ke telinga kedutaan. Memberi penjelasan yang mengesahkan keadaan Arif yang selamat di Dublin. Juga status dokumen perjalannya juga nampaknya sah tanpa ragu. Namun Arif dikatakan tidak mahu berhubung dengan pihak kedutaan mahupun keluarganya sendiri

Pihak kedutaan sendiri mengesahkan Arif pernah pulang belajar di Malaysia pada 2009 tetapi kembali ke Dublin pada tahun yang sama untuk trs menetap di sana.


Selepas beberapa hari kes Arif mula panas bila dia tersebar gambar dan cerita Arif cukup mesra bagai sepasang kekasih dengan seorang jejaka bernama Jonathan.

Dikatakan mereka (Jonathan & Arif) telah menyertai satu program untuk para pasangan sejenis yang akan dia nobatkan sebagai pasangan gay pertama akan dikahwinkan. Namun mereka tewas tetapi mereka tetap meneruskan niat perkahwinan mereka. Sekarang mereka di gelar ‘suami isteri’.





Seketika kemudian terdapat lg laporan mengenai beberapa kenyataan berani mati ariff antaranya mereka sangat bahagia bersama. Menceritakan detik lamaran jonathan padanya yang berlaku di tahun 2010 sewaktu mereka berdua pulang ke Malaysia menghadiri perkahwinan kakak Arif

Dikatakan Arif juga masih berbangga dengan darah melayu yg dikandung dibadannya buktinya dengan mengenakan pakaian melayu bertanjak didalam satu acara bersama Jonathan

Pelbagai spekulasi mula ditimbulkan. Antaranya kenapa Arif tidak mahu menghubungi keluarganya.

Dan kenyataan awal bapa nye juga seperti sudah mengetahui status anaknya yg kini jauh menyimpang dari ajaran islam yang dididik





Sama-sama kita berdoa semoga Arif kembali kepangkal jalan dan kembali ke jalan yang sepatutnya selain bersama keluarga dan berbincang dengan pihak penaja mengenai jumlah hutang pinjamannya yang khabarnya berjumlah RM890,000 itu

0 comments:

Post a Comment