Semalam sy terbaca satu kisah di India bila seorang bapa memohon supaya nyawa anaknya dihentikan. Lihat berita dibawah:
PATNA, India - Tidak tahan melihat penderitaan anak kembar siamnya yang melekat di kepala, seorang bapa dari India memohon supaya membenarkan anaknya mati jika tiada bantuan kewangan untuk membolehkan mereka menjalani rawatan.
Saba dan Farah Shakeel, 15, menderita sakit kepala yang teruk, sakit sendi dan kesukaran untuk bertutur sepanjang mereka membesar.
Dua gadis itu sebelum ini pernah menerima bantuan hasil campur tangan daripada Putera Mahkota Abu Dhabi tetapi bapa mereka Mohammed yang bekerja di gerai teh di Patna kini tidak lagi mampu membiayai kos rawatan anaknya yang tinggi.
Pasukan pakar kembar siam yang diketuai oleh Benjamin Carson dari Amerika Syarikat mendapati kembar tersebut berkongsi saluran darah utama di otak dan mempunyai dua buah ginjal. – Agensi
Sungguh tragis, menariknya kisah tersebut dipaparkan selang beberapa hari selepas sambutan hari bapa diadakan. Betapa kasih sayang seorang bapa membawa kesyurga.
Memang agak pilu mengenangkan nasib mereka2 yang dilahirkan sebagai kembar siam ini. Dilaporkan kembar siam ini agak jarang berlaku hanya satu dalam 50,000 hingga 80,000 kelahiran. Dan hanya satu bg setiap 250,000 kelahiran kembar siam akan hidup. Menakjubkan

Dari mana dtgnya gelaran kembar siam. Ya betul, ia datangnya daripada kembar pertama seumpamanya dijumpai adalah dari siam (kini adalan dikenali Negara Thailand). Kembar tersebut Chang dan Eng Bunker dilahirkan pada 11 Mei 1811. Pasangan kembar yang dikatakan melekat pada bahagian tulang dada hingga ke paras pusat ini kemudian menetap di Amerika Syarikat. Bagaimanapun, pasangan kembar ini dikatakan berpeluang menikmati kehidupan dalam jangka masa panjang dan bahagia sehingga mencecah usia 63 tahun
Dimalaysia sendiri kita mempunya beberapa sejarah kembar siam antaranya yang dapat kita sorotkan disini;
Pasangan pertama Anita dan Aniza, dua gadis dari Kampung Parit Bentara Dua, Bagan Serai, Perak dilahirkan 22 Disember 1981. menjalani pembedahan pemisahan oleh sekumpulan doktor pakar Hospital Universiti (kini Pusat Perubatan Universiti Malaya).
Juga pada Februari 1995 bagi Pasangan kembar Aida Safa dan Aina Safi berusia lima bulan yang bercantum di bahagian perut dan berkongsi hati meninggal dunia selepas 104 hari dibedah bagi memisahkan mereka di di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur .
Pada September 2002 - Kembar siam dari Malaysia, Ahmad dan Muhammad berjaya dipisahkan menerusi pembedahan selama 22 jam 45 minit yang dilakukan oleh sepasukan 17 pakar bedah, sembilan jururawat dan 15 pasukan sokongan di Hospital King Fahad National Guard, King Abdul Aziz Medical City, Riyadh, Arab Saudi. Kini mereka berjaya menjalani hidup sebagai kanak2 biasa bersekolahs seperti biasa walaupun hanya dengan sebelah kaki
Antara pasangan kembar siam lain yang menggemparkan dunia adalah pasangan terkenal dari Iran iaitu Ladan Bijani dan Laleh Bijani. Mereka merupakan pasangan kembar yang melekat di otak. Mereka mengalami komplikasi pembedahan akibat pendarahan teruk di otak semasa proses memisahkan salur darah besar otak di Singapura pada tahun 2003 dan meninggal dunia pada umur 29 tahun
Kepada mereka yang diuji dengan kehadiran pasangan kembar siam ini. Usah bimbang usah ragu. Teknologi perubatan sekarang sudah berkembang pesat dan sudah bayak alatan canggih dan ubatan diluar jangkauan minda manusia biasa terhasil. Usah berputus asa. Pasti ada jalan keluarnya. Pada saya dengan mematikan amanat tuhan itu adalah bermakna kita menolak anugerah itu. Ada lebih baik kita terima tugas itu dengan menjaganya dengan lebih baik. mungkin disitu lubuk pahala anda. insyaallah
0 comments:
Post a Comment