Akhirnya isteri kepada Jimmy Shanley iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy bersedia membuka mulut yang selama ini hanya diam tiada sebarang kata walaupun dicemuh hebat di kritik teruk. Alasan diberikan Suhaila selama ini dia tidak memberikan kenyataan kerana beliau seorang businesswoman harus menjaga reputasi perniagaannya dan nama baik mereka sekeluarga daripada pelanggan-pelanggannya. Tapi tidakkah dengan berdiam diri lagi menyebabkan pelanggan dan nama baik mereka juga terjejas. Mungkin Suhaila ada mempunyai alasan yang lagi besar daripada alasan perniagaannya
Sebenarnya kebelakangan sebelum Suhaila membuka mulut sejurus selepas lahirkan zuriat mereka sudah tersebar di laman maya mengenai seorang saudara suhaila membuka cerita mengenai perangai buruk Jimmy. Seakan percaya atau tidak kerana cerita laman social ini lebih kepada agenda tertentu namun tiada siapa boleh mengagak perangai masing-masing

Dikatakan juga Jimmy suka memukul Suhaila dan diakui sendiri oleh Jimmy ini adalah point besar dalam kisah mereka. Ringan sungguh tangan Jimmy ye. memang ramai tidak menyangka. Tapi bila diakui Jimmy yang sebelum ini langsung tidak pernah diceritakan Jimmy terbukti Suhaila ada alasan kukuh untuk membatalkan perkahwinan ini (tidak mengambil kira factor lain). agak kasar bagi sepasang pengantin baru ataupun pasangan yg belum berkahwin menampar perempuan apatah lagi di hari bulan madu. Seriously agak kasar. Rata-rata juga akan sependapat mengatakan tindakan itu terlalu beremosi dan kenapa tdak pernah dicerita kan Jimmy sebelum ini

Kita tunggu dan lihat apa perkembangan selanjutnya kisah mereka ini. Atau hanya akan terdedah secara keseluruhan di makhamah kelak

TRIVIA:
~ Jimmy Shanley Norjahan Saleh,32 Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25
~ ibu Suhaila Muniroh Kassim seorang pengasas produk kecantikan Natasha
~ diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.
~ Majlis resepsi untuk meraikan pasangan tersebut diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
~ tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010
~ Jimmy memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya pada November 2010
~ anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.

0 comments:
Post a Comment