Kesan jajahan Gadaffi







Minggu lepas dunia dikejutan dengan kematian Muamar Gadaffi, presiden lantang Libya. Hari ni saya bukan ingin mengulas kematian mahupun perjuangannya tapi saya ingin mengimbau beberapa trivia yang sempat sy dapatkan dari hasil carian saya

Kerajaan Libya selepas pemerintahan Gadaffi

1.
Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak
petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak
payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab
Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada
hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4.
Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi
tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun
meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya
masih duduk didalam khemah;

5. Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13.
satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan
kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada
sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17.
Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh
Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Muammar Gaddafi yang memerintah Libya selama 42 tahun kini menjadi sejarah dan bakal dikenang sebagai diktator yang didakwa menaja keganasan di negara luar. Namun, di sebalik legasi itu, Gaddafi juga akan diingat sebagai tokoh yang suka melakukan perkara pelik. Laman sesawang ABCNews.com menyenaraikan tujuh keanehan utama yang dilakukan Gaddafi.

Khemah kalis peluru – Ketika berada di Tripoli, Gaddafi tinggal dalam kubu dilengkapi dengan rangkaian sistem terowong untuk menyelamatkan diri. Apabila berkunjung ke luar negara, tokoh berdarah Badwi itu membawa bersamanya khemah untuk dipasang di tempat difikirkan sesuai. Disebabkan set khemah kalis peluru itu terlalu berat, ia terpaksa diangkut menggunakan pesawat berasingan yang mengiringi ke mana saja Gaddafi pergi. Untuk menghidupkan suasana padang pasir, dia juga menambat seekor dua unta di luar khemahnya.

Pengawal anak dara – Nampaknya pengawal ini tiada ketika mereka sangat diperlukan apabila Gaddafi ditangkap kelmarin, tetapi biasanya tokoh itu dikelilingi 40 anggota terlatih sepanjang masa. Digelar sebagai Amazon, pengawal wanita itu dilaporkan semuanya masih dara dan mereka berikrar mempertahankannya sebelum menyertai pasukan berkenaan. Dilatih di sebuah pusat latihan wanita, pengawal terbabit dipilih sendiri oleh Gaddafi dan mengenakan mekap, kasut but bertumit tinggi.


Jururawat seksi – Selama sedekad, seorang jururawat Ukraine, Galyna Kolotnytska, sering dilihat berada di sisi Gaddafi. Digambarkan sebagai mempunyai bentuk badan mengghairahkan, Galyna didakwa seorang daripada pembantu paling dipercayai Gaddafi dan dipercayai menjalin hubungan romantik dengan diktator terbabit. Sejumlah jururawat Ukraine turut berkhidmat untuk Gaddafi dan mereka memanggilnya dengan gelaran “papa” atau “daddy”.

Jatuh hati kepada Condoleezza Rice – Pada 2007, Gaddafi menggelar bekas Setiausaha Negara AS itu sebagai “wanita kulit hitam Afrika yang dikasihi.” Ketika Condoleezza melawat Tripoli pada 2008, Gaddafi memberikan pelbagai hadiah bernilai AS$200,000 (RM629,880), termasuk cincin. Bagaimanapun, minatnya kepada wanita itu hanya terbongkar selepas pemberontak menawan Tripoli. Antara barangan yang ditemui di situ, satu album mengandungi puluhan gambar Condoleezza.
Takut menaiki pesawat dan lif – Antara alasan Gaddafi gemar membawa bersamanya khemah jika ke tempat lain adalah kerana bimbang terpaksa menggunakan lif untuk menginap di hotel. Melalui kabel diplomatik yang bocor, Gaddafi juga tidak suka berada di tempat tinggi dan enggan terbang lebih dari lapan jam. Jika perlu menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Gaddafi akan singgah bermalam di Portugal. Had maksimum anak tangga yang mahu dinaikinya hanyalah 35 langkah.

Bunga Bunga – Pada 2010, satu daripada aktiviti masa lapang Gaddafi didedahkan melalui laporan pendakwa Itali yang menyiasat salah laku Perdana Menteri Silvio Berlusconi. Menurut laporan, pelacur berusia 17 tahun yang dilanggan Berlusconi, Karima el-Magroug, mendakwa Perdana Menteri Itali itu mengaku “menggunakan formula Gaddafi” ketika mereka berfoya-foya.

Pakaian yang aneh dan lain daripada yang lain – Ketika pemimpin negara berbaris untuk bergambar bersama, amat mudah mengenali Gaddafi kerana pemilihan pakaiannya yang berbeza daripada yang lain. Biasanya, Gaddafi mengenakan pakaian khas yang direka hasil gabungan di antara seragam tentera yang diubah suai dengan tradisi Badwi Afrika.

RIP Marco Simoncelli - M'sian moto GP maut



RIP Simoncelli - pemandu Itali yang berusia 24 tahun




Reaksi penonton malaysia bila diberitahu perlumbaan dibatalkan



bapa simoncelli yang kesedihan


team yang masih terkejut


















topi keledar tercabut dari kepala simoncelli



bagaimana kemalangan itu bermula







dari laman web nya. simoncelli dikatakan suka mempromosikan web beliau


Kanak-kanak China dilanggar lari



kisah yang tiba-tiba menjadi bualan penduduk malah dikatakan sangat panas di China. Kisah kanak-kanak perempuan malang yang dilanggar dan digilis 2 buah van dan hanya diperhatikan oleh 18 orang yang lalu lalang selepas itu. Kisah berlaku disebuah lorong kecil sepeti pasar




tengok bagaimana anak yang berusia 2 tahun ini dilanggar tanpa kasih oleh pemandu ini



orang ramai yang lalu lalang langdung tidak mempedulikan kanak-kanak ini





dia telah diketepikan oleh seorang mak cik tetapi mak cik itu juga pergi begitu sahaja


persoalannya, adakah rakyat mereka memang diajar mementingkan diri sendiri. walaupun ini hanya anak kecil tapi dia bernyawa.


mana peginya ibu bapa beliau yang agak lama menghilang. kenapa mbiarkan anak ini berlegar seorang diri


video ini boleh ditonton di youe tube. sungguh sadis. tidak dapat saya bayangkan perasaan mereka-mereka yang terlibat


setakat berita yang saya dengar kanak-kanak ini masih dirawat tapi keadaan agak sedih. kerana mungkin lumpuh.


sama-sama kita doakan dia selamat dan kembali seperti sediakala

Pensyarah Oxford pertama melayu



He can speak 7 languages, BM, BI, Arabic, German, French and old English languages (Latin & Yunani)...

MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM - juga dikenali sebagai Sheikh Afifi - is KFAS Ialah salah seorang felo pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford, dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom, dan juga merupakan felo pensyarah di Worcester College, Oxford. Beliau merupakan bangsa Melayu pertama seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia.

Dr al-Akiti telah berjaya mendapat ijazah kedoktoran falsafah (DPhil) dalam jurusan Falsafah Arab Pertengahan (Medieval) dari Universiti Oxford sebagai Cendekiawan Clarendon pada tahun 2008. Tesisnya telah menerangkan dan secara sistematiknya dianggap sebagai suatu bentuk penulisan falsafah yang diletakkan dibawah kumpulan pertama yang digelar sebagai karpus Madnun, dipersembahkan kepada teologis Islam termasyur, Imam Al-Ghazali (d. 505/1111) - penemuannya adalah berdasarkan kepada kaji selidik yang mendalam terhadap kira-kira 50 manuskrip Arab zaman pertengahan (medieval). Selain itu, terdapat juga tiga siri kajiannya yang diterbitkan yang dapat menyajikan edisi kritis dari hasil kerja yang paling maju dan teknis dari korpus, manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Mayor Madnun.

Dr al-Akiti, yang berasal dari Malaysia, telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat. Beliau telah dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia Islam yang mahsyur sejak beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok lagi. Beliau telah menerima [[Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dari Universiti Queen Belfast, dimana beliau berpeluang mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Oxford. Bidang kepakaran beliau adalah dalam bidang teologi Islam, falsafah dan sains.

Pada tahun 2009, bersama dengan Professor Muhammad Abdel Haleem dan IIIT, Dr al-Akiti beliau telah disenarai pendek sebagai salah seorang yang tersenarai dalam Anugerah Muslim UK Tahunan, atas kecemerlangannya menyumbang ilmu pendidikan Islam.

Pada tahun 2010, Dr al-Akiti telah dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam Negeri Perak, Malaysia, dimana pengisytiharaan ini telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.


(petikan: sumber)

Penamat Tahajjud Cinta


Jumaat lepas (14 October 2011) hari terakhir siaran episode Tahajud Cinta yang disiarkan di slot zehra TV3. Dari amatan saya ramai yang menanti-nanti penghujung kisah seorang ustaz yang menggunakan seks sebagai senjata utama ini arahan Erma Fatima ini. Rata-rata menjangkakan sesuatu yang ‘boom’ dari team produksi memandangkan ia sebuah karya hebat mengangkat kisah reality masyarakat yang terpinggir.

Biar saya memberikan sedikit rumusan sinopsis cerita ini terlebih dahulu. Dibintangi pelakon-pelakon hebat Fauziah Gous (Seri), Eman Manan (Uztaz Shauki). Fazura (Citra), Remy Ishak (Solahudin), Erma Fatima (?? ), Dira Abu Zahar (Umairah), Melisa Saila (Syarifah) dan beberapa lagi watak kecil yang tidak kurang pentingnya antaranya Nealofa, Shaz Jazle,Ahmad Tarmimi Sarigar, Norish Karman, ziela jalil dan beberapa lagi


Bermula dengan kisah 2 pelajar wanita Malaysia yang bakal menamatkan pengajian di negara padang pasir pulang ke Malaysia dengan misi tersendiri. Kedua-duanya telah pun mempunyai teman hati. Citra sebagai anak seorang berada di cemuh dan hampir dibuang keluarga kerana lari dari pengajian yang sepatutnya di London tetapi sikap keras kepala citra membawanya ke Jordan untunk menuntut pengajian perundangan syariah islam demi menegakkan hak-hak wanita islam. Seri pula anak orang kampung yang dibesarkan dan didik di pondok milik untaz shauki di minta membalas jasa ustaz shauki dengan bekerja di sekolah pondok tersebut. Walaupun berat demi ibu bapa seri bekorban walaupun kelulusannya memungkinkan dia untuk bekerja lebih bagus di bandar2 besar dengan jawatan tinggi



Tanpa disedari rupanya seri telah masuk perangkap uztaz shauki yang telah pun mempunyai 4 isteri untuk dijadikan isteri baru. uztaz shauki mendidik isteri-isterinya adil dan bertolak ansur sesama isteri dan juga amat mementingkan taat dan setia kepada suami. Kehadiran seri banyak menimbulkan ketidak senangan Umairah (isteri keempat juga isteri kesayangan ustaz. Namun cinta dan kasih berputik antara seri dan solah (anak ustaz dan uztazah). Secara tiba-tiba uztaz menceraikan interi keduanya (lakonan ziela jalil). Kerungsingan Umairah bertambah rupanya memang benar tekaannya ustaz ingin memperisterikan seri. Seri dinikahi tanpa rela hanya kerana ingin membalas budi dan tidak mahu dituduh anak durhaka seri menerima takdir tertulis untuknya. Namun seri terus ditimpa malang kerana harus melayan kehendak ustaz yang selama ini mengamalkan senaman cakar harimau. Seri langsung tidak dibenarkan keluar rumah kewajipannya Cuma 1 melayan nafsu binatang ustaz



Kehadiran Suraya dipondok tersebut memberi impak baru kepada pondok. Gadis liar dari kota yang dihantar tanpa kerelaan hati. Cuba menggoda ustaz dan solah. Dalam pada seri mahu mendapatkan bantuan dari solah dan citra mereka dituduh berkhalwat.

Dan kesudahannya adalah bila ustaz juga ditangkap khalwat.


Klimaksnya agak tergantung. Kerana banyak lagi watak-watak lain yang tidak diselesaikan. Kecewa dengan penghujung yang sangat tergantung banyak persoalan lain bermain dalam kepala saya sehingga sekarang.
Dipahamkan dari twitter pelakon berkenaan terdapat beberapa scene penting telah dipotong oleh LPF kerana tidak sesuai untuk tontonan umum

Secara keseluruhan tabik kepada eman manan yang amat jarang mengecewakan dalam lakonan. Watak untaz kali ni benar-benar menambah kebencian penonton.

Sekiranya dibuat kesinambungan cerita ini saya pastinya kesannya tidak seperti sambutan tahajjud cinta ini


Pertunangan anak chef wan (Chef Riz-Ana)















bersama bakal ibu mertua




sessi perbincangan





harap2 jd teman serina



hantaran yang nampak sgt classy
















seri hari bahagia




cantek


langsung menutup cerita2 panas dulu


janda lawa







selamat bertunang kepada mereka. majlis ringkas tp nampak hebat. ketidakhadiran chef Riz menampakkan adat melayu yang msih disimpul rapi dalam keluarga hartawan ini. semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin