Jumaat lepas (14 October 2011) hari terakhir siaran episode Tahajud Cinta yang disiarkan di slot zehra TV3. Dari amatan saya ramai yang menanti-nanti penghujung kisah seorang ustaz yang menggunakan seks sebagai senjata utama ini arahan Erma Fatima ini. Rata-rata menjangkakan sesuatu yang ‘boom’ dari team produksi memandangkan ia sebuah karya hebat mengangkat kisah reality masyarakat yang terpinggir.
Biar saya memberikan sedikit rumusan sinopsis cerita ini terlebih dahulu. Dibintangi pelakon-pelakon hebat Fauziah Gous (Seri), Eman Manan (Uztaz Shauki). Fazura (Citra), Remy Ishak (Solahudin), Erma Fatima (?? ), Dira Abu Zahar (Umairah), Melisa Saila (Syarifah) dan beberapa lagi watak kecil yang tidak kurang pentingnya antaranya Nealofa, Shaz Jazle,Ahmad Tarmimi Sarigar, Norish Karman, ziela jalil dan beberapa lagi
Bermula dengan kisah 2 pelajar wanita Malaysia yang bakal menamatkan pengajian di negara padang pasir pulang ke Malaysia dengan misi tersendiri. Kedua-duanya telah pun mempunyai teman hati. Citra sebagai anak seorang berada di cemuh dan hampir dibuang keluarga kerana lari dari pengajian yang sepatutnya di London tetapi sikap keras kepala citra membawanya ke Jordan untunk menuntut pengajian perundangan syariah islam demi menegakkan hak-hak wanita islam. Seri pula anak orang kampung yang dibesarkan dan didik di pondok milik untaz shauki di minta membalas jasa ustaz shauki dengan bekerja di sekolah pondok tersebut. Walaupun berat demi ibu bapa seri bekorban walaupun kelulusannya memungkinkan dia untuk bekerja lebih bagus di bandar2 besar dengan jawatan tinggi
Tanpa disedari rupanya seri telah masuk perangkap uztaz shauki yang telah pun mempunyai 4 isteri untuk dijadikan isteri baru. uztaz shauki mendidik isteri-isterinya adil dan bertolak ansur sesama isteri dan juga amat mementingkan taat dan setia kepada suami. Kehadiran seri banyak menimbulkan ketidak senangan Umairah (isteri keempat juga isteri kesayangan ustaz. Namun cinta dan kasih berputik antara seri dan solah (anak ustaz dan uztazah). Secara tiba-tiba uztaz menceraikan interi keduanya (lakonan ziela jalil). Kerungsingan Umairah bertambah rupanya memang benar tekaannya ustaz ingin memperisterikan seri. Seri dinikahi tanpa rela hanya kerana ingin membalas budi dan tidak mahu dituduh anak durhaka seri menerima takdir tertulis untuknya. Namun seri terus ditimpa malang kerana harus melayan kehendak ustaz yang selama ini mengamalkan senaman cakar harimau. Seri langsung tidak dibenarkan keluar rumah kewajipannya Cuma 1 melayan nafsu binatang ustaz
Kehadiran Suraya dipondok tersebut memberi impak baru kepada pondok. Gadis liar dari kota yang dihantar tanpa kerelaan hati. Cuba menggoda ustaz dan solah. Dalam pada seri mahu mendapatkan bantuan dari solah dan citra mereka dituduh berkhalwat.
Dan kesudahannya adalah bila ustaz juga ditangkap khalwat.
Dan kesudahannya adalah bila ustaz juga ditangkap khalwat.
Klimaksnya agak tergantung. Kerana banyak lagi watak-watak lain yang tidak diselesaikan. Kecewa dengan penghujung yang sangat tergantung banyak persoalan lain bermain dalam kepala saya sehingga sekarang.
Dipahamkan dari twitter pelakon berkenaan terdapat beberapa scene penting telah dipotong oleh LPF kerana tidak sesuai untuk tontonan umum
Secara keseluruhan tabik kepada eman manan yang amat jarang mengecewakan dalam lakonan. Watak untaz kali ni benar-benar menambah kebencian penonton.
Sekiranya dibuat kesinambungan cerita ini saya pastinya kesannya tidak seperti sambutan tahajjud cinta ini
Dipahamkan dari twitter pelakon berkenaan terdapat beberapa scene penting telah dipotong oleh LPF kerana tidak sesuai untuk tontonan umum
Secara keseluruhan tabik kepada eman manan yang amat jarang mengecewakan dalam lakonan. Watak untaz kali ni benar-benar menambah kebencian penonton.
Sekiranya dibuat kesinambungan cerita ini saya pastinya kesannya tidak seperti sambutan tahajjud cinta ini
0 comments:
Post a Comment