Selesai sudah isu penarikan balik trofi kemenanangan lagu terbaik di AIM ke 18. Trofi yang kini sudahpun second hand berpindah kepada pemenang sebenar Anuar Zain (sedetik lebih).
Rata-rata tidak menggemari situasi ini. Dari peminat, rakan artis, wartawan, blogger, pelayar internet, pengkritik laman social hingga lah ke Annuar Zain, Edry mahupun Yuna sendiri. Siapa sangka kesilapan pengauditan yang dilakukan oleh Juruaudit antarabangsa terkenal Ernest & Young ini benar-benar memberi impak besar kepada industri hiburan. Selamanya kejadian ini tidak akan dilupakan
Namun pujian besar harus diberikan kepada Yuna yang cukup professional dalam kes ini. Hadir ke sessi siding media juga penyerahan trofi dengan senyuman mengukir dibibir namun hati di dalam tiada siapa yang tahu.
Semoga menjadi pengajaran buat semua yang terlibat dalam sebarang anugerah selepas ini.
Laporan media:
KUALA LUMPUR, 24 NOVEMBER 2011: Akibat kesilapan teknikal, penganjur Anugerah Industri Muzik Ke 18 (AIM 18) telah pun menarik balik trofi kemenangan Yuna menerusi kategori Lagu Terbaik dan diberikan kepada Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih.
Meskipun mendapat markah tinggi dalam set penjurian untuk kategori Lagu Terbaik, namun Yuna tidak menepati kriteria yang ditetapkan penganjur kerana telah pun tewas dalam kategori Lagu Pop Terbaik.
Anugerah tersebut sebaliknya diserahkan kepada penyanyi dan pencipta lagu Sedetik Lebih, Anuar Zain dan Edry Abdul Halim sebagai pemenang yang layak, juga berdasarkan kemenangan bagi kategori Lagu Pop Terbaik.
Menganggap perkara yang berlaku sebagai sesuatu yang sangat memalukan dirinya, Anuar Zain berharap selepas ini kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi.
"Saya akui perkara ini sesuatu yang pelik dan memalukan saya. Saya sendiri tidak tahu hendak cakap macam mana lagi. Saya sendiri berfikir, bagaimana mahu berdepan dengan Yuna, diri sendiri dan orang ramai bila diberi tahu dengan berita ini. Kerana dalam hal ini, kami berdua menjadi mangsa keadaan.
"Bagi saya kalau perkara ini hanya diam-diam sahaja pun tidak mengapa dan anugerah ini tidak perlu diberikan semula kepada saya dan Edry. Berat untuk saya menerima perkara ini, kerana saya juga memahami perasaan Yuna dan menghormati dirinya.
"Namun kerana menghormati pihak penganjur yang mengakui kesilapan mereka lalu, jadi saya menerimanya," katanya ketika ditemui ketika majlis sidang media bagi membetulkan keputusan Lagu Terbaik AIM18, di sini petang tadi.
Mengharapkan apa yang berlaku tidak akan berulang lagi, kata Anuar Zain, perkara tersebut pastinya mencatatkan sebuah sejarah tersendiri bagi majlis anugerah yang diiktiraf ramai itu.
"Perkara ini satu sejarah buat AIM dan akan dikenang untuk selama-lamanya. Saya sendiri tercatat dalam sejarah ini dan saya juga tidak mahu ia berlaku.
"Saya juga mahu menegaskan di sini, baik saya mahupun Edry, kami sama sekali tidak pernah berjumpa sesiapa untuk mempertikaikan mengenai isu tersebut," katanya
Tidak mengerti mengapa set penjurian dibahagikan kepada dua, jelas pelantun lagu Lelaki Ini, seharusnya pihak penganjur selepas ini hanya menyediakan satu set penjurian sahaja.
"Saya rasa tidak perlulah hendak dibuat kepada dua set penjurian kerana khuatir keputusan pemenang diketahui juri. Ambil saja juri yang diyakini dan lakukan prosedur yang sewajarnya.
"Mungkin mereka perlu menandatangani surat perjanjian dan sebagainya untuk tidak membocorkan rahsia. Jadi dari situ, apabila pemenang bagi setiap kategori muzik telah diketahui mereka hanya perlu mengadili lagu-lagu daripada pemenang kategori tersebut untuk memilih Lagu Terbaik," katanya menyuarakan pendapatnya.
Lirik Lagu Penakut – Yuna
Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk engkau bertanya
Jika aku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya
Kau tak penah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak penah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak penah kau cuba ringankan
ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk engkau bertanya
Jika aku mencintaimu juga
Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamuKau bukan milikku
Dan engkau pun tahuKau bukan milikku