Bangga saya menjadi rakyat Malaysia. Bangga juga saya kerana saya salah seorang yang mendoakan kemenangan harimau muda sewaktu berdepan garuda muda itu. Bukan sebab dendam tetapi semangat kesukanan.
Rata-rata belum puas membicarakan isu ibu segala pingat untuk sukan SEA edisi ke 26 indonesia ini.
Pelbagai provokasi dimainkan dalam melancarkan gerakan anti Malaysia. Dari awal sudah saya katakan atlet sukan SEA kali ini adalah yang terbaik kerana mereka terpaksa berdepan cabaran mental dihina, dicaci, dimaki, dikhianati. Mereka cuba atasinya. Jikalau saya belum tentu dapat memberi kosentrasi untuk bermain dalam keadaan begitu. Syabas untuk mereka
Kemuncak segala kekuatan mental adalah perlawanan akhir bola sepak baru-baru ini. Gamat bil stadium dipenuhi lebih 100,000 penonton itu rata-rata nya terus mencemuh nama, maruah, bangsa dan Negara kita Malaysia. Seawal ketibaan pemain dengan penyekat bas, mencaci pemain, dengan mengejek lagu negaraku yang kita hormati. Segalanya berbayar dengan kemenangan ini. Puas.
Di Malaysia kami Cuma mahukan kemenangan bagi membuktikan kita layak menang sebagai gergasi Asia. Kita tidak [ernah menang nasib. Kita mahu mempertahankan emas yang dimenangi 2 tahun yang lepas di edisi Laos.
Baru disedari rupanya doa kami adalah doa mereka yang teraniaya. Alhamdulillah syukur. Allah itu maha Adil
Mari sama-sama kita imbasa segala corat coret dan aksi di hari kejadian yang pastinya terbuku indah didalam sejarah sukan negara
ketibaan Skuad harimau Malaya jam 7.30 pg di lcct diketuai oleh coach Ong Kim Swee di bawa khas oleh air asia di sambut hampir 1000 peminat yang ingin memberi penghargaan dan ucapan terima kasih
untuk keselamatan pemain selepas permaianan berakhir mereka di bawa pulang dengan menaiki Baracuda
Kemenangan Maruah dan Mental Harimau Muda
Posted by
zainab MJ
on Tuesday, November 22, 2011
Labels:
Lapangan Sukan
0 comments:
Post a Comment