pengarah sambung belajar untuk menkaji kelemahan filem Malaysia



Pengarah Ahmad Idham dan Prof. Madya Razak Mohaideen telah mendapat tawaran untuk menyambung pengajian mereka ke Universiti Utara Malaysia (UUM)

Sedikit saya ingin ulas disini rasanya sudah banyak yang saya dengar mengenai penggiat seni kita belajar situ sini ada yang sampai ke luar Negara bila ditanya jawapannya hampir sama untuk menkaji/membangunkan industri filem/muzik tempatan. Tapi jika sudah 10 tahun berlalu belum tamat lagikan pengajian mereka. Apa yang mereka bangunkan.

Saya tidak katakan filem kita masih ditakuk lama kerana sebenarnya sudah banyak perubahan yang dibawa dan di pentasnya namum rata-ratanya adalah oleh pengkarya yang bukan mencanang media pegi belajar situ sini untuk kemajuan filem kita.

Filem yang baik bukan diukur dari kutipan panggung mahupun jumlah anugerah tetapi impak dan kesan dalaman yang diberikan terkesan dihati penonton. Bukan sekadar terkesan Cuma didalam wayang malah kalau boleh hingga 3 4 bulan org masih merasai apa yang disampaikan didalam cerita itu.

Diberitakan 2 pengarah ini akan menghabiskan sessi PHD nya dalam masa 2 tahun. Tapi hati saya kuat mengatakan akan tipis perubahan yang akan dibawa mereka kerana kedua2nya adalah dikatogerikan pengarah syok sendiri yang tidak boleh menerima kritikan penonton. Cuba ubah sikap ego untuk menerima pendapat luar. Kami penonton mengkritik dari pandangan kami walaupun mungkin agak keterlaluan kritikan itu atau jauh terpseong dari prinsip anda tapi sebagai pengarah yang cari makan hasil pembelian penonton seperti kami kamu tidak boleh terlalu ego dan syok sendiri

Kami penonton juga mahukan perubahan bukan filem-filem murahan yang sentiasa menjadi sendaan ataupun terlalu typical. Kami tidak takut perubahan jika ianya menarik. Kami bersedia menerima sesuatu diluar jangkaan

Kepada 2 pengarah ini sy ingin berpesan ilmu buku tidak menjamin sebarang kejayaan tetapi ilmi pengalaman akan memberi sejuta pengajaran. Yang penting buka minda anda menerima kritikan dan pujian dengan hati terbuka juga kaji setiap maklum balas penonton. Itu lebih baik kerana penonton yang akan mengklasifikasikan filem anda berjaya atau hancur

0 comments:

Post a Comment