Allahyarham Noramfairul








Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Noor juga kepada Bernama TV atasa kehilangan jurukamera mereka ini. Kehilangan beliau amat memberi kesan besar kepada seluruh rakyat Malaysia






balu Arwah ditenangkan sanak saudara




Umum mengetahui Allahyarham telah kembali kesisiNya setelah ditembak/terkena tembakan ketika membuat liputan khas Kelab Putra 1Malaysia dalam misi Bantuan ke Somalia yang diberitakan sedang kebuluran kesan pergolakan perang saudara sesama islam di sana

Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, 41, anak sulung juga merupakan lelaki tunggal kepada pasangan Mohd Nor Mat Yassin, 66, dan Naemah Abd Majid, 63. Bapa kepada 2 orang anak lelaki comel Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3 meninggalkan seorang balu Norazrina Jaafar, 37




Turut tercedera dalam serangan itu adalah jurukamera TV3 Agi Saregar Mazlan yang cedera di lengan.

Kejadian itu berlaku ketika kru Bernama TV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal kira-kira satu kilometer, selepas membuat liputan memberi bantuan kepada mangsa kebuluran di sekitar Mogadishu.

Berlaku antara persimpangan Jalan K4 dan lapangan terbang Mogadishu, ketika konvoi kenderaan berperisai AMISOM dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang Mogadishu, yang merupakan pangkalan mereka.





Saya bukan la ingin menunding jari kepada sesiapa mahupun menidakkan takdir ketentuan Allah. Saya Cuma ingin berkongsi sedikit hasil bacaan saya dari beberapa sumber.

Spekulasi demi spekulasi kini timbul. Semoga rohnya tenang di sana

Menurut laporan diterima dari Mogadishu menyebut mengenai kekeliruan tentera mereka membezakan bendera Malaysia dan bendera US. Boleh kah diterima pakai

"Kumpulan2 pejuang di Somalia tidak pernah dengar nama Malaysia. Dan sentimen anti Amerika (Syarikat), sangat tinggi di sini. Kami (kerajaan Somalia) sudah mengeluarkan garis panduan dan amaran mengenai sentimen anti Amerika Syarikat.

Tetapi pihak Malaysia berkeras mahu mempamerkan bendera Malaysia kerana misi ini adalah misi publisiti politik negara mereka." Jelas jurucakap kerajaan Somalia





Juga menurut seorang wartawan dari bernama tv juga menjelaskan mereka tidak diberi jaket kalis peluru sebagai pertahanan

“Kami memang tidak diberikan dengan baju kalis peluru, kalau media negara asing, ada antara mereka yang pakai baju kalis peluru (semasa buat liputan).

“Saya tidak tahu mengapa kita tidak dibekalkan, dalam misi-misi sebelum ini juga kami tidak dibekalkan dengan baju kalis peluru,” kata Khairulanuar, yang sudah empat kali menyertai misi kemanusiaan, kepada The Malaysian Insider.

“(Tetapi kami tidak dapat) baju kalis peluru... kenderaan kami tidak ditampal dengan tanda media,” kata wartawan Astro Awani Tan Su Lin selain menyatakan langsung tidak menjalani sebarang latihan sebelum ke Somalia








Tembakan dipercayai ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita, namun tersasar dan mengenai arwah yang duduk berdekatan tingkap, menyebabkan kecederaan pada bahu dan paru-paru sebelum meninggal dunia pada pukul 5.40 petang waktu tempatan (pukul 12.40 tengah hari waktu Malaysia).







Kes Allahyarham kini menjadi perhatian seluaruh golongan rakyat daripada pak menteri ke organisasi berkaitan mahupun tidak juga semua kedai-kedai kopi mem[erkatakan ke’luar biasa’an kejadian ini. Dari bacaan saya ini adalah misi dan tugas ketiga allahyarham ke tempat2 berisiko sebelum ini beliau pernah ke palestin juga. Memegang semangat ketua wakil media dari Malaysia didalam rombongan 55 sukarelawan dia la yang di pilih Allah menjadi korban di saat saudara islam lain didalam suasana raya.











Memetik kata balu arwah yang redha didalam gundah

"Saya reda dengan pemergian suami kerana ia sudah ditentukan dan akan menerima segala ketentuan-Nya dengan hati yang tabah,"









Ketentuan ilahi adalah segala-galanya. Siapa la kita untuk menafikan ajal seseorang.

Alfatihah..

0 comments:

Post a Comment