Masterchef Malaysia yang Pertama




Ezani Masterchef Malaysia yang pertama Melabuhkan tirai di siaran akhir pertandingan reality masakan culinary yang berpihak kepada Ezani. Yang bertarung hebat dengan seorang pekebun dari Sabah Wahidan. Saingan agak sengit dengan persembahan kedua-duanya amat meberansangkan. Dengan hanya perbezaan 7% undian yang diberikan 60% oleh juri tetap masterchef Malaysia Chef Jo, Chef Zubir dan Ched Riz, Manakala lagi 40% diberikan oleh para tetamu yang juga dari kalangan chef proifesional Dihadiahkan RM100,000 berserta trofi masterchef dan juga berpeluang menerbitkan buku masakan sendiri Sedikit info tentang Ezani Ezani Farhana Binti MD Monoto Umur: 26 Tarikh Lahir : 11 May 1985 Asal: Kajang Pekerjaan: Doktor Pergigian Hidangan Kegemaran: Bermacam-macam Lokasi Percutian Kegemaran: Pulau dan Pantai Masakan Kegemaran Untuk Dimasak: Bermacam-macam Pencuci Mulut Kegemaran: Bermacam-macam Sweet or Savoury: Both Chilli or Garlic: Both Siapa tak kenal Ezani peserta Akhir MasterChef Malaysia musim pertama. Ezani juga di label sebagai bakal Juara MasterChef Malaysia. Beliau mengagumi kehebatan ibunya memasak pelbagai jenis masakan untuk dihidangkan kepada keluarga dan rakan-rakan. Ezani meletakkan ibunya sebagai sumber inspirasi untuk memasak. Ezani suka pada makanan-makanan segar. Salad-salad asia yang biasa kita kenali sebagai kerabu menjadi pilihan Ezani. Gabungan Timur dan Barat dalam pembikinan salad atau kerabu juga mempengaruhi cara masakannya. Tidak kira apa jua jenis salad atau kerabu, yang penting, iainya segar! Ezani sangat mengagumi Chef Wan dan Jamie Oliver dalam pembikinan apa jua jenis masakan di kaca TV. Kedua-dua chef tersebut petah bercakap ketika memasak. Ini menjadikan mereka sebagai chef kegemaran Ezani. Kedua-dua chef mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Walaupon masih bujang, Ezani mengimpikan memasak untuk suami dan anak-anak yang disifatkannya sebagai orang yang terpenting

0 comments:

Post a Comment