Seperti dijangka rumahtangga Rita Rudiani dan pemain bola sepak terkenal Aidil Zafuan kembali bergolak dan panas. Seperti kata Rita, Aidil telah meninggalkan rumah mereka yang Cuma disedari Rita sekembalinya dia dari rumah ibunya minggu lepas.
Ramai yang percaya tindakan Aidil itu adalah berkaitan isu pergaduahan twitter oleh Rita dan adik kembar Aidil, Zakuan Adha minggu lalu. Pertengkaran itu sebenarnya telah membuka sedikit aib keluarga Aidil walaupun isunya bermula dari Zakuan yang masuk campur dan mendedahkan ketidakmesraan Rita dan keluarga mertuanya.
Kini Twitter Rita penuh dengan kata2 tabah dan semangat dari peminat Rita. Tidak seperti 8 bulan yang lepas selepas mereka berbaik kembali dari pergolakan pertama, hampir setiap hari Rita menceritakan kebahagiaan keluarga mereka. Dengan gambar2 comel 2 anak mereka. Ramai yang memuji Rita dan Aidil ketika itu yang kembali bahagia dan sentiasa doakan mereka begitu la hingga ke akhir hayat. Namun kuasa tuhan tiada siapa menolak. Pergolakan kali kedua kini dinanti peminat agar berakhir dengan baik
Kepada Rita saya doakan anda terus tabah dan terus mendoakan kebahagiaan keluarga anda juga mertua
Kepada Aidil saya mendoakan anda ditenangkan fikiran sementara waktu dan kembali dengan suatu tanggungjawab yang baik demi menjaga hati semua pihak termasuk keluarga anda dan keluarga mertua anda
0 comments:
Post a Comment