BALASUNGKAWA PAK UDA


Zami bin Ismail atau lebih dikenali dengan nama Pak Uda yang dibawa dalam sitcom pi mai pi mai tang tu telah pun kembali kerahmatullah sekitar jam 10.30 pagi 19 Jun 2011 bersamaan sambutan hari bapa. Kematiannya adalah di sabitkan dari kegagalan fungsi jantungnya di IJN Kuala Lumpur





Dilahirkan di tapah perak pada tahun 1944 dan mula bergiat aktif dalam seni tanah air sejak tahun 1960-an, Berkahwin dengan Hanizan Ibrahim dan dikurniakan 9 orang cahaya mata. Ada antara anak-anaknya juga aktif dalam bidang seni ini samada sebagai pelakon, pengarah serta penerbit. Ramai yang mengetahui Pak uda menamakan anak-anaknya dengan beberapa nama-nama yang agak janggal seperti Hitler, Wahyu, Yamashita dan Albukhman. Anak-anaknya yang sulung berusia 39 tahun dan bongsu 21 tahun. Malah difahamkan beliau juga sudahkan dikurniakan 13 cucu. Satu keluarga besar Pak Uda


Telah membintangi pelbagai drama dan 18 buah filem antaranya seperti dibawah:

1985 Roda-roda (filem) (Pelakon Utama)
1990 Mat Som (filem) (Pelakon Pembantu)
1990 Tuah (Pelakon Pembantu)
1992 Wanita Bertudung Hitam (Pelakon Pembantu)
1995 Cinta Rosevilla (Pelakon Utama)
1997 Gemerlapan (Pelakon Pembantu)
2001 Sara, Pak Mat (Pelakon Pembantu)
2001 No Problem, Pak Kidam (Pelakon Pembantu)
2003 Diari Romeo, Bapa Maya zaman 70'an(Pelakon Pembantu)
2006 Man Laksa, Tok Ketua (Pelakon Pembantu)
2007 Zombie Kampung Pisang, Pak Abu (Pelakon Pembantu)
2007 9 September, Dato' (Pelakon Pembantu)
2008 Dunia Baru The Movie, Pengantin Lelaki (Pelakon Pembantu)
2009 Jin Hutan, Bomoh Pak Su (Pelakon Utama)
2010 Hantu Kak Limah Balik Rumah, Pak Abu (Pelakon Utama)
2010 Janin, Pak Wan Atan (Pelakon Utama)
2011 Shh... Dia Datang, Pak Da (Pelakon Pembantu)
Akan datang Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit








Dalam banyak2 watak yang paling meninggalkan kesan adalah karakter Pak uda yang suka berbutang baju senget sehinggakan menjadi ikutan malah menjadi trend warga emas ketika itu. Sumbangannya didalam pi mai pi mai tangtu bukan calang2-calang saya pernah terbaca diakatakan penangan pi mai pi mai tang tu telah membuatkan kuala Lumpur sunyi seketika tayangan dijalankan.

Di akhir2 hayatnya pula arwah banyak pula dikenali dengan nama Pak Abu bila mencipta nama dalam beberapa filem dengan pengarah hebat Mamat Khalid. Sentiasa ada sj gelagat dan aksi lucu yang menjadi ingatan penonton dilakukan arwah.

Itu la Pak Uda yang dikenali amat ‘passion’ dengan keinginannya. Boleh dikatakan dia menyumbangkan seluruh tenaga dan pengorbanannya sehingga ke hari-hari akhir arwah.

Semoga roh arwah tenang dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. amin



0 comments:

Post a Comment