Menggunakan tagline Segar, sedap dan halal. Saya ingin berkongsi sedikit apa yang saya dapat saripada pengalaman saya di sekinchan ikan bakar. Saya telah mengunjungi Restoran tersebut di cawangan ampang waterfront II. sebenarnya cawangan ini masih baru dibandingkan dengan yang lain. namun nama sekinchan ikan bakar ini sendiri sudah cukup tekenal dalam bidang ikan bakar dilembah kelang ini.
Sy suka kerang bakar mereka kerana memenuhi citarasa saya yang sukakan ala2 lembab dan mentah. saya suka. dari segi kesegaran produk memang seperti dijangka. terjamin. namum sedikit kecewa dengan sambal yag dibakar/reneh bersama itu agak kurang pada saya.
mungkin secara peribadi saya akan membandingkan dengan ikan bakar jalan belamy (belakang istana negara) pada saya itu masih yang terbaik. tp dari segi kesegaran. sekinchan nampaknya mendahului.
cara pembakaran juga nampaknya agak menjadi bagi sekinchan . saya juga ada order sotong bakar juga hari tersebut. sotong dia biasa-biasa sahaja.
Tapi sayang sy tidak boleh memberi komen mengenai harga kerana dihari itu bukan saya yang membayar segala makanan. insyaallah kalau ada kesempatan lain saya ke sana lagi saya cuba memastikan mengenai harganya ye
secara keseluruhan sy memberikan 7 daripada 10 bintang untuk sekinchan ikan bakar
1 comments:
Sy ada mkn di kedai ini, di cawangan ampang juga. Sgt sedap, awk patut dtg lg. Mereka baru buat 2 lg sos, sos pedas dan 3 rasa. Klu awk tk nk sos itu dituang ats ikan, awk blh minta mereka bkr kosong. Dan mereka akn bg awk mangkuk kuah yg lain. Sy rasa awk patut dtg lg :)
Post a Comment