Malam kemuncak segala-galanya yang berlangsung 24 Jun lepas di stadium melawati dikatakan telah menarik ribuan penonton ke stadium belum dikira penonton di tv. Juga yang mereka yang menonton di youtube mahupun yang menonton ulangan. Malah yang telah menonton langsung juga berkali-kali sanggup menunggu ulangan maharaja lawak akhir ini lagi.
Empat peserta berentap secara sihat. Dijurikan oleh 3 juri tetap Mamat Khalid, Ahmad Idham dan juga Saiful Apek mewakili 50% daripada markah. Manakala lagi 50% adalah daripada undian sms penonton/peminat.
Sedikit saya ingin memberi ulasan penuh mengenai persembahan malam akhir kesemua perserta juga keseluruhan maharaja lawak ini
Jambu:
Pemenang tempat keempat. Membawa pulang RM50,000 beserta trofi. Sebagai sebuah kumpulan underdog siperingkat awal rasanya ini adalah percapaian terbesar Jambu. Yus yang memenangi raja lawak musim pertama seakan hilang dari dunia lawak sejak dari itu. Hanya sesakali muncul di saluran astro warna itupun mungkin ehsan astro mencipta saluran komedi Malaysia. Tauke sebagai peserta akhir raja lawak 1 pernah sesekali muncul dalam beberapa filem dan drama tempatan. Diakui Tauke agak berbakat dalam bidang lakonan.
Memasuki maharaja lawak seakan tempat untuk mereka menunjukkan bakat sebenar mereka. Bermula minggu kedua, Jambu mula mendaki dan mendaki dan hampir dilabelkan sebagai jura maharaja lawak sebenarnya nanum 2 mggu kebelakangan menampakkan kekurangan idea mereka. Malah mereka hampir disingkirkan seminggu sebelum final namum telah diserap masuk bilamana juri tetap menggunakan kuasa immunity mereka memsukkan kembali Jambu
Persembahan malam akhir:
Persembahan pertama hanya sebagai persembahan selamat sahaja. tidak telalu teruk dan tidak la terlalu bagus. Saya mula rasa kesian dengan mereka. Percubaan membuat lawak menggunakan kurang dialog yang pernah menjadi kekuatan Jambu suatu ketiak dulu nampaknya kurang menjadi. bangkit untuk persembahan kedua dengan tema muzikal membawa watak ala penyamun era tan sri p. ramlee. Rangkuman beberapa lagu dengan satu tujuan untuk mengira hasil rompakan mereka memecahkan gelak tawa penonton. Agak terhibur dan diakhir persembahan mereka telah dikejutkan kehadiran zila bakarin yang menjadi idola Yus. Namun watak Zila itu tidak la terlalu besar impaknya. Cukup untuk menambah warna sahaja
Antara persembahan terbaik:
Nora Danish jogging, lawak bersama Acong, silent komedi, si pekak, tok ketua, sukan darat
Nabil;
Agak mencabar tugasan digalas peserta tunggal solo ini. Segalanya harus dipikul seorang. Malah beberapa kali dia seakan kehilangan arah. Dan pernah juga seakan sudah putus harap kerana sudah kehilangan idea. Cuma satu harus dipuji keberanian dia mengeksplotasi sesauatu isu atau cerita untuk menjadi lebih kreatif walaupun terkadang ceritanya agak baik namun lawak kurang. Di minggu-minggu terkahir agak kerap nabil berada diantara 3 peserta terbawah. Pemenang tempat ketiga membawa pulang RM150,000 sudah cukup bagus saya kira
Persembahan Malam Akhir:
Persembahan pertama mengimbau episod pertama ML dia mana beliau menjadi seorang jurujual menjual tali pinggang berkelendar. Agak mendatar ceritanya melainkan gimik patung spiderman adalah seseorang yang betul bukan lagi setakat patung seperti sebelumnya. Juga gimik ala2 terbang itu nampaknya seakan tidak menjadi kerana sedikit kesilapan ketika spiderman memasang tali itu membuatkan penonton terganggu. Persembahan kedua pula nabil nampaknya ingin mengembalikan persembahan ala bruno mars yang pernah menjadi persembahan terbaiknya itu. Namum kali itu lagu yang agak panjang dan lakonan yang agak membosankan. Tiada gimik melainkan dari rayuan dia untuk penonton mengundi dirinya
Antara persembahan terbaik:
Muzikal komedi bruno mars
Jozan;
Peserta ‘favorite’ ini nampaknya terpaksa akur sekali lagi tidak berjaya menjadi johan. Walaupun rata-rata peminat menjangkakan persaingan hebat dari jozan dan dari awal menjangkakan Jozan mampu ditabalkan menjadi maharaja lawak tetapi rezeki tidak berpihak pada mereka. Secara keseluruhan persembahan mereka agak tidak konsisten. Bermula agak hambar di mggu pertama dan kedua. Sekali sekala mendapat pujian juri selepas persembahan terbaik mereka namun ada minggu-minggu tertentu Jozan nampaknya agak ‘overated’ kerana persembahan mereka tidak segah undian mereka. Jika diikutkan undian pernah sekali seingat saya selepas persembahan di Kuantan Jozan meninggalkan peserta ditempat kedua dengan perbezaan undi yang hampir 20 peratus kedepan. Tetapi. Ketidakkonsisten Jozan sepatutnya tidk berlaku di malam akhir
Yang sebenarnya Jozan juga adalah penyumbang terbesar peminat maharaja lawak. Pentas lawak ini seakan sudah sebati dengan diri mereka. Tidak dpt dianafikan terkadang ada sekali sekala dia mencipta beberapa watak-watak yang tiba-tiba menjadi ikutan antaranya mael lambung, rozi tiger, acai, mak jemah. Merangkul RM250,000 untuk mereka ditempat kedua sekurang-kurang masih boleh membakar semangat mereka
Persembahan Malam Akhir:
Persembahan pertamanya agak bahaya. Bagi sebuah persembahan akhir macam agak kurang sesuai. Namum bangkit dipersembahan kedua. Menggunakan kekuatan mereka iaitu mael lambung dan acai juga lagu awannano yang diubah suai juga compose beberapa lagu mengikut kesesuaian cerita mereka. Pada saya persembahan mereka masih bukan yang terbaik kerana jozan pernah melakukan jauh lebih baik sebelum ini
Antara Persembahan Terbaik;
Curi tabung surau, doctor bius, silent komedi (silap mata), mael lambung
Sepah;
Pendapat saya memang kumpulan ini layak mendapat gelaran juara maharaja lawak pertama membawa pulang RM350,000.Sebenarnya sejak di awal kemunculan di Raja lawak lagi sepah agak bagus pada saya walaupun lawaknya agak stereotype kerana masih ditakuk lama bak kata orang tiada pembaharuan tetapi jikalau banyak sangat pembaharuan tetapi tiada langsung lawaknya pun tidak kemana. Tetapi agak musykil pada saya sejak memnangi Raja Lawak musim ketiga sepah agak tidak menonjol walaupun mempunyai drama bersiri sendiri namum mereka seakan tersekat. Teka saya seakan ada sesetengah pihak tidak ingin sepah berjaya. walaupun diakui sepah jauh lebih bagus dari beberapa pelawak lain di tanah air ini. Sesuatu yang menarik mengenai sepah mereka seakan tidak menjadi jikalau bergerak sendiri. pernah ada cubaan mereka membuat persembahan berseorangan tetapi ada saja yang tidak kena. Mungkin sudah terkena sumpahan ibu fauziah nawi di Raja Lawak musim ke-3 sewaktu menjadi juri tetap. Beliau mengatakan sepah tidak akak kemana sekiranya berpecah.
Mungkin juga rezeki keberkatan untuk anak shuib yang bakal menimang cahayamata hasil perkahwinan dengan penyanyi Siti Sarah yang turut mengalirkan airmata mengiringi kemenangan suami nya itu. Mungkin memahami pengorbanan dan susah payahnya mereka lalui selama ini merangkak menjadi pelawak. Diharap selepas ini pintu rezeki untuk mereka terus terbuka. Kerana mereka sungguh layak menjadi antara yang popular
Persembahan Malam Akhir:
Sedikit kesinambungan watak ustazah ‘manisnya kurma itu’ pecah stadium dibuat oleh sepah. Hampir kesemua penonton sangat-sangat enjoy dan terbahak-bahak dengan lawak kemanisan sepah. Sedikit diselitkan dengan musical juga di persembahan pertama satu kekurangan sepah yang saya nampaj agak takut2 untuk mengimprovise lirik menjadi lebih kelakar. Selalu mengambil jalan selamat dengan menggunakan lirik berunsur nasihat. Begitu persembahan kedua. Juga seimbang dan bagus namum kali ini watak mamat agak terhad seakan tidak penting. Namum kehadiran Dafi diakhir persembahan juga amat bermakna pada mereka yang acapkali menjual nama Dafi di dalam persembahan mereka
Antara Persembahan Terbaik:
Silent komedi (bomoh & pontianak), muzikal komedi (lagu hotel California), lawak rewang, nak bersalin, merisik bersama badul, Manisnya Kurma Itu
0 comments:
Post a Comment