Buletin Utama Vs ASTRO


Sedikit tegang nmpknya persaingan semasa media tempatan nampaknya. Ini bukan perkara baru sejak dulu sudah kedengaran ada sahaja kisah-kisah perbandingan antara mereka dibuat secara langsung mahupun tidak langsung. Apa yang ingin sy ketengahkan hari ini adalah bukanla bersaing dalam isu yang sama tapi telah dibicarakan dalam medan yang sama

Terdapat satu laporan seperti dibawah telah diberitakan:

June 15, 2011 KUALA LUMPUR, 15 Jun — Melihat pada sikap golongan muda yang tidak terpikat dengan media arus perdana, Barisan Nasional (BN) terpaksa menggunakan pendekatan ceramah untuk meraih sokongan.
Dan, mengakui “media alternatif tidak boleh dikawal”, pemimpin-pemimpin Pemuda Umno memberitahu The Malaysian Insider, mereka cuba beralih kepada usaha menganjurkan ceramah umum untuk melawan cengkaman Pakatan Rakyat.

“Pengundi baru tidak mempeduli media arus perdana. Mereka tidak menonton Warta Perdana atau Buletin Utama,” kata Lokman Noor Adam, ketua Unit Pidato Pemuda BN merujuk kepada program berita perdana TV3 dan RTM1.

Beliau berkata unit itu yang ditubuhkan Khairy Jamaluddin selepas menjadi ketua Pemuda Umno pada 2009 merupakan salah satu usaha untuk mengenal pasti kegagalan BN.

“Kami tidak mempunyai sesiapa yang boleh meyakinkan publik dan mengatasi penceramah pembangkang. Dalam mengadakan program-program ini dan membawa lebih ramai orang, kami gagal,” kata Exco Pemuda Umno itu.

Beliau berkata bahawa pengundi berusia bawah 40 tahun akan meningkat kepada 80 peratus daripada keseluruhan pemilih yang baru berdaftar.

Antara pilihan raya umum 2008 dan yang ke-13, ia akan meningkat dari 41 peratus kepada 49 peratus.

Media alternatif telah mengurangkan kelebihan BN yang lebih banyak mengawal media cetak dan media penyiaran.

Perangkaan terbaru firma Audit Bureau of Circulations (ABC) sehingga 30 Jun 2010 menunjukkan edaran Utusan Malaysia milik Umno merosot 5.9 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu jatuh dari 181,346 naskhah kepada hanya 170,558.

(sambungan tidak disediakan)



Bertitik dari berita ini mlm tersebut bulletin utama telah melaporkan dengan hebatnya isu kenaikan ataupun pelarasan harga pakej yang dikenakan oleh stesen berbayar astro. Isu itu dibangkitkan oleh beberapa ahli yang berhormat dlm sidang parlimen hari yang sama.

Berikut adalah laporan susulun kepada berita kenaikan harga pakej astro tersebut oleh kementerian yang bertanggungjawab

Notis Kenaikan Bayaran Perkhidmatan Astro Dianggap Tidak Sah - Rais


PETALING JAYA, 16 Jun (Bernama) -- Notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim."Bayaran perkhidmatan asas yang dikenakan oleh Astro kepada pelanggan sekarang tidak akan diubah, apa-apa pertambahan Astro perlu berunding dahulu dengan SKMM sebelum memutuskan untuk menaikkan caj perkhidmatan mereka," katanya.Astro perlu mendapat kelulusan dari SKMM sebelum menaikkan harga perkhidmatan saluran televisyen berbayar mereka, kata Rais.Kementerian akan berbincang dengan Astro mengenai isu tersebut, kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Malam Penghargaan Industri Filem 2011 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini Rabu malam. Turut hadir ialah Ketua Pengarah Finas Mohd Mahyidin Mustakim.Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.

Ini menunjukkan betapa ‘pekanya’ ahli-ahli yang berhormat kita dalam memperjuangkan ‘rakyat didahulukan percapaian diutamakan. Media menjadi sasaran. Sasaran untuk menyalurkan maklumat dan juga saluran untuk melepaskan geram malah saluran untuk menagih undi

Tidak dinafikan betapa penting media elektronik dlm kehidupan seharian rakyat 1 malaysia ini. Saya juga adalah penonton setia buletin utama. Tp sy bukan la mak cik kampong. Memang agak jelik terkadang geram dan benci melihat ketidaktelusan siaran tersebut. Tp untuk mengetahui berita2 utama Negara sy harus mengikutinya entah sampai esok, lusa atau sampai bila-bila. Mungkin benar seperti makcik kampong yang bulat2 mempercayai apa sahaja yang diberitakan tidak seperti mereka-mereka yang sedikit punya usaha lain boleh melawat ke beberapa laman utk menyiasat kebenaran beberapa laporan tersebut

Sering saya terfikir seperti pernah diutarakan oleh mantan perdana menteri Malaysia (Tun M) sendiri. media juga harus mengkritik kerajaan sekali sekali. Benar!. Setuju 500%. Kenapa harus berat sebelah dalam melaporkan. Ini yang buatkan rakyat tidak langsung mempercayai media. Tengok sendiri sekarang berapa ramai wartawan sendiri juga sudah terang-terang dimaki hamun pembaca/pendengar sendiri

Mudahnya menghentam orang lain yang bukan dari keluarga sendiri bila mana isu astro dibangkitkan rasanya buletin utama terlalu mengambil besar isu ini hingga langsung tidak menayangkan isu tv3 sendiri juga beberapa isu lain yg dibangkitakan disidang yang sama.

Astro seperti menangguk di air keruh. Dengan kenaikan tarif elektrik yg baru sahaja diumumkan naik baru2 ini. Juga beberapa isu kenaikan beberapa produk lain rasanya kurang sesuai untuk astro mennyelarasakan harga mereka sekarang tambah lagi buat masa ini belum ada sebarang service tambahan astro yang sgt hebat blh menyamaratakan dengan bayaran yang harus dibuat pelanggan mereka. Walaupun ini Cuma 1 kehendak tp harus diingat stesen tv percuam dalam Negara ini sangat teruk dari segi penerimaannya. Ada yang sehingga langsung tidak blh dipandang oleh mata. Mau tidak mau rakyat harus melanggan tv berbayar ini menjadi keperluan untuk mencantikkan gambar tv.

Bercakap mengenai kehendak dan keperluan sebenanya tv itu pn adalah satu kehendak untuk menghiburkan mata.hati dan telinga. Tp sudah lama orang menjadikan kehendak ini satu keperluan

0 comments:

Post a Comment