Seorang lagi personaliti terkenal putus tunang. Kali ini giliran Ally Iskandar pengacara Mentor juga perantara Malaysia Hari Ini. Agak terkejut sebenarnya dengan berita ini kerana pasangan ini agak ‘low profile’ tentang ikatan mereka. Sepertimana mereka melangsungkan pertunangan secara senyap-senyap sehingga menggemparkan laman google yg mencatatkan carian tertinggi untuk nama Nur Aishah Zainal suatu ketika kerana beliau merupakan naib juara Gadis Melayu kendalian TV9 yang ketika didalam program bertudung litup. Tetapi sewaktu gambar pertunangan mereka didedahkan media Nur Aishah telah ber’hijrah’ dengan tidak lagi bertudung. Hampir kesemua pengikut industri hiburan tertanya-tanya siapa Nur Aishah. Ramai yang mendoakan pertunangan mereka kejinjang pelamin setelah mereka mengikuti beberapa siri kekecewaan Ally yang pernah jadi bualan hangat
(gambar kenangan dihari pertunangan mereka yang bertemakan merah) Dijadualkan akan berkahwin hujung tahun ini, namun kuasa tuhan mengatasi segala yang terancang. Mereka telah sah tiada ikatan lagi bermula 30 Julai yang lepas seperti diakui Ally sendiri
Jawapan klise mereka kerana tiada keserasian dan kini mengambil keputusan untuk rapat sebagai sahabat sahaja seperti diberitahu Ally mereka masih menghubungi satu sama lain sebagai kawan
berikut gambar ketika Aishah menyertai rancangan Gadis Melayu suatu ketika dulu
si gadis melayu
0 comments:
Post a Comment