Cara Imam Muda Asyraf mendekati saudara islam
Posted by
zainab MJ
on Thursday, August 18, 2011
Labels:
Industri Hiburan,
Tempatan
Kagum saya cara Asyraf melayan soal jawab agama melalui laman bual twitter. Hampir setiap hari dan sessi dia secuba dan seusaha mungkin menjawab segala kemusykilan dan persoalan para pengikutnya walaupun terkadang soalan mereka hampir sama ditanyakan dan dijawab berulang-ulang setiap hari. Ini pendekatan yang bijak. Dikongsi soalan dan jawapan bersama beribu pengikutnya juga sedikit sebanyak memberi ilmu secara tidak langsung. Seronok membacanya. Walaupun dalam ruang yang terhad, beliau pada saya telah menjalankan separuh dari tanggungjawab sebagai seorang imam.
Sebagaimana diketahui majority yang melayari laman bual ini adalah dari kalangan belia yang menjadi pewaris dan pejuang islam akan datang. Ini adalah satu usaha yang baik bagi mengajak generasi ini agar lebih mencintai dan lebih mengenali agama islam yang mereka junjung selama ini tapi selalu keliru dengan pelbagai persoalan yang mengganggu kepercayaan mereka
Walaupun Asyraf seorang imam muda namun cara beliau menunjukkan keterbukaan beliau mendekati saudara islam Malaysia ini. melayan segala pertanyaan pengikut yang terkadang bukan sahaja berkisar kepada hokum hakam tetapi kisah-kisah semasa seperti cerita bola, cerita kenduri, cerita tempat makan dan sebagainya. Ini cara dakwah yang amat disenangi orang muda yang tidak gemarkan paksaan dan selalu mengelak daripada protocol.
Tidak seperti kebiasaan dulu kemusykilan di hantar ke majalah mahu pun media akhbar melalui ruang soal jawab yang memerlukan masa yang pandajang untuk dijawab. Seiring teknologi sebegitulah kita harus menggunakan teknologi untuk meluaskan empayar keislaman kita.
Kesibukan dengan pelbagai tugas tidak menghalang seorang berstatus celebriti agama ini menjalankan tanggungjawab sebagai imam muda ini. Ramai yang menyenangi beliau. Tidak perlu menyusun perkataan atau mengenakan sebarang pakaian rasami untung membuat soalan. Cuma tnya dan insyaallah ustaz akan jawab. Malah biliau begitu sporting boelh berbula mengenai apa sahaja. dari permehatian dia juga ada beberapa anak seni tempatan yg mengikuti dan memberi soalan kemusykilan kepadanya
Kebiasaannya soalan harian mengenai puasa, zakat, solat, hokum, mana yang wajib, sunat, haram dan makruh, pergaulan kehidupan seharian dan sebagainya. Sangat-sangat penuh ilmu lama twitter usataz ini
Pada yang belum mengikuti beliau @imammudaasraf sila lah berbuat demikian. Insyaallah sama2 kita menambah ilmu didada. Atau sesekali kita menjengah laman web beliau yang juga berinformasi www.imammudaasyraf.com
BIODATA:
NAMA PENUH: MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD RIDZUAN
ASAL: PULAU PINANG
TARIKH LAHIR: 12 FEBRUARI 1984
STATUS: BERKAHWIN
PEKERJAAN: IMAM
PENDIDIKAN: IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN & FIQH, UNIVERSITI MALAYA
0 comments:
Post a Comment