Apam balik coklat

Antara apam balik kegemaran saya. Apam balk utara pasar malam Bandar baru ampang setiap selasa malam dan khamis malam.

Istimewanya apam blk ini di tawarkan dlm pelbagai perasa. Disebabkan sy giler coklat sy amek perasa coklat tetapi sebnenarnya semua perasa pun kita rasa puas hati.

Apam nya yang tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Rasa dia juga lembut dan ala2 manis. Memang amat sesaui dengan tekak saya








Restaurant Johnny's










Menghidangkan makanan ala thai dengan menu utama steamboat. Sangat2 menjadi kegilaan saya. Paling istimewa adalah sambal cilinya memang terbaik tiada tandingan.



Untuk steamboat dihidang kan dalam bentuk set mengikut kiraan orang. Tetapi masih blh ditambah pilihan yang lain. Pesan saya supaya tidak usah tamak tambah makanan berlebihan. Kerana steamboat ini agak mengeyangkan mgkn kerana kuah sup dan sambal dia sangat enak membuatkan kita sayang untuk tidak menghabiskan hingga ke kuah

Menu lain yang boleh dicuba adalah kueh tiaw soup dia juga sangat asli dari Thailand. Juga sedap dicampur dengan sambal steamboat tadi. Juga boleh dicuba chicken wings. Menu-menu lain sy jarang order

Terima kasih kepada yang memperkenalkan saya kepada restoran ini tentunya abang Umar Hafaez lebih kurang 6 7 tahun yang lepas kurang pasti biler. Sejak itu, ini adalah antara restoran kegemaran saya




Berakhirnya Malam Maharaja Lawak 2011

Berakhir sudah Maharaja Lawak 2011 yangmenjadi satu fanomena baru program realiti Malaysia. Sesungguhnya kehebatan 13 minggu Maharaja Lawak ini telah mengenggelamkan kesemua program realiti lain tidak kira di mana2 stesen tv. Mungkin kerana menggunakan peserta-peserrta yang sudah pun dikenali ramai.

Malam kemuncak segala-galanya yang berlangsung 24 Jun lepas di stadium melawati dikatakan telah menarik ribuan penonton ke stadium belum dikira penonton di tv. Juga yang mereka yang menonton di youtube mahupun yang menonton ulangan. Malah yang telah menonton langsung juga berkali-kali sanggup menunggu ulangan maharaja lawak akhir ini lagi.

Empat peserta berentap secara sihat. Dijurikan oleh 3 juri tetap Mamat Khalid, Ahmad Idham dan juga Saiful Apek mewakili 50% daripada markah. Manakala lagi 50% adalah daripada undian sms penonton/peminat.

Sedikit saya ingin memberi ulasan penuh mengenai persembahan malam akhir kesemua perserta juga keseluruhan maharaja lawak ini

Jambu:

Pemenang tempat keempat. Membawa pulang RM50,000 beserta trofi. Sebagai sebuah kumpulan underdog siperingkat awal rasanya ini adalah percapaian terbesar Jambu. Yus yang memenangi raja lawak musim pertama seakan hilang dari dunia lawak sejak dari itu. Hanya sesakali muncul di saluran astro warna itupun mungkin ehsan astro mencipta saluran komedi Malaysia. Tauke sebagai peserta akhir raja lawak 1 pernah sesekali muncul dalam beberapa filem dan drama tempatan. Diakui Tauke agak berbakat dalam bidang lakonan.

Memasuki maharaja lawak seakan tempat untuk mereka menunjukkan bakat sebenar mereka. Bermula minggu kedua, Jambu mula mendaki dan mendaki dan hampir dilabelkan sebagai jura maharaja lawak sebenarnya nanum 2 mggu kebelakangan menampakkan kekurangan idea mereka. Malah mereka hampir disingkirkan seminggu sebelum final namum telah diserap masuk bilamana juri tetap menggunakan kuasa immunity mereka memsukkan kembali Jambu



Persembahan malam akhir:

Persembahan pertama hanya sebagai persembahan selamat sahaja. tidak telalu teruk dan tidak la terlalu bagus. Saya mula rasa kesian dengan mereka. Percubaan membuat lawak menggunakan kurang dialog yang pernah menjadi kekuatan Jambu suatu ketiak dulu nampaknya kurang menjadi. bangkit untuk persembahan kedua dengan tema muzikal membawa watak ala penyamun era tan sri p. ramlee. Rangkuman beberapa lagu dengan satu tujuan untuk mengira hasil rompakan mereka memecahkan gelak tawa penonton. Agak terhibur dan diakhir persembahan mereka telah dikejutkan kehadiran zila bakarin yang menjadi idola Yus. Namun watak Zila itu tidak la terlalu besar impaknya. Cukup untuk menambah warna sahaja

Antara persembahan terbaik:


Nora Danish jogging, lawak bersama Acong, silent komedi, si pekak, tok ketua, sukan darat

Nabil;

Agak mencabar tugasan digalas peserta tunggal solo ini. Segalanya harus dipikul seorang. Malah beberapa kali dia seakan kehilangan arah. Dan pernah juga seakan sudah putus harap kerana sudah kehilangan idea. Cuma satu harus dipuji keberanian dia mengeksplotasi sesauatu isu atau cerita untuk menjadi lebih kreatif walaupun terkadang ceritanya agak baik namun lawak kurang. Di minggu-minggu terkahir agak kerap nabil berada diantara 3 peserta terbawah. Pemenang tempat ketiga membawa pulang RM150,000 sudah cukup bagus saya kira















Persembahan Malam Akhir:

Persembahan pertama mengimbau episod pertama ML dia mana beliau menjadi seorang jurujual menjual tali pinggang berkelendar. Agak mendatar ceritanya melainkan gimik patung spiderman adalah seseorang yang betul bukan lagi setakat patung seperti sebelumnya. Juga gimik ala2 terbang itu nampaknya seakan tidak menjadi kerana sedikit kesilapan ketika spiderman memasang tali itu membuatkan penonton terganggu. Persembahan kedua pula nabil nampaknya ingin mengembalikan persembahan ala bruno mars yang pernah menjadi persembahan terbaiknya itu. Namum kali itu lagu yang agak panjang dan lakonan yang agak membosankan. Tiada gimik melainkan dari rayuan dia untuk penonton mengundi dirinya

Antara persembahan terbaik:



Muzikal komedi bruno mars

Jozan;

Peserta ‘favorite’ ini nampaknya terpaksa akur sekali lagi tidak berjaya menjadi johan. Walaupun rata-rata peminat menjangkakan persaingan hebat dari jozan dan dari awal menjangkakan Jozan mampu ditabalkan menjadi maharaja lawak tetapi rezeki tidak berpihak pada mereka. Secara keseluruhan persembahan mereka agak tidak konsisten. Bermula agak hambar di mggu pertama dan kedua. Sekali sekala mendapat pujian juri selepas persembahan terbaik mereka namun ada minggu-minggu tertentu Jozan nampaknya agak ‘overated’ kerana persembahan mereka tidak segah undian mereka. Jika diikutkan undian pernah sekali seingat saya selepas persembahan di Kuantan Jozan meninggalkan peserta ditempat kedua dengan perbezaan undi yang hampir 20 peratus kedepan. Tetapi. Ketidakkonsisten Jozan sepatutnya tidk berlaku di malam akhir
Yang sebenarnya Jozan juga adalah penyumbang terbesar peminat maharaja lawak. Pentas lawak ini seakan sudah sebati dengan diri mereka. Tidak dpt dianafikan terkadang ada sekali sekala dia mencipta beberapa watak-watak yang tiba-tiba menjadi ikutan antaranya mael lambung, rozi tiger, acai, mak jemah. Merangkul RM250,000 untuk mereka ditempat kedua sekurang-kurang masih boleh membakar semangat mereka







Persembahan Malam Akhir:

Persembahan pertamanya agak bahaya. Bagi sebuah persembahan akhir macam agak kurang sesuai. Namum bangkit dipersembahan kedua. Menggunakan kekuatan mereka iaitu mael lambung dan acai juga lagu awannano yang diubah suai juga compose beberapa lagu mengikut kesesuaian cerita mereka. Pada saya persembahan mereka masih bukan yang terbaik kerana jozan pernah melakukan jauh lebih baik sebelum ini

Antara Persembahan Terbaik;




Curi tabung surau, doctor bius, silent komedi (silap mata), mael lambung


Sepah;

Pendapat saya memang kumpulan ini layak mendapat gelaran juara maharaja lawak pertama membawa pulang RM350,000.Sebenarnya sejak di awal kemunculan di Raja lawak lagi sepah agak bagus pada saya walaupun lawaknya agak stereotype kerana masih ditakuk lama bak kata orang tiada pembaharuan tetapi jikalau banyak sangat pembaharuan tetapi tiada langsung lawaknya pun tidak kemana. Tetapi agak musykil pada saya sejak memnangi Raja Lawak musim ketiga sepah agak tidak menonjol walaupun mempunyai drama bersiri sendiri namum mereka seakan tersekat. Teka saya seakan ada sesetengah pihak tidak ingin sepah berjaya. walaupun diakui sepah jauh lebih bagus dari beberapa pelawak lain di tanah air ini. Sesuatu yang menarik mengenai sepah mereka seakan tidak menjadi jikalau bergerak sendiri. pernah ada cubaan mereka membuat persembahan berseorangan tetapi ada saja yang tidak kena. Mungkin sudah terkena sumpahan ibu fauziah nawi di Raja Lawak musim ke-3 sewaktu menjadi juri tetap. Beliau mengatakan sepah tidak akak kemana sekiranya berpecah.

Mungkin juga rezeki keberkatan untuk anak shuib yang bakal menimang cahayamata hasil perkahwinan dengan penyanyi Siti Sarah yang turut mengalirkan airmata mengiringi kemenangan suami nya itu. Mungkin memahami pengorbanan dan susah payahnya mereka lalui selama ini merangkak menjadi pelawak. Diharap selepas ini pintu rezeki untuk mereka terus terbuka. Kerana mereka sungguh layak menjadi antara yang popular




Persembahan Malam Akhir:

Sedikit kesinambungan watak ustazah ‘manisnya kurma itu’ pecah stadium dibuat oleh sepah. Hampir kesemua penonton sangat-sangat enjoy dan terbahak-bahak dengan lawak kemanisan sepah. Sedikit diselitkan dengan musical juga di persembahan pertama satu kekurangan sepah yang saya nampaj agak takut2 untuk mengimprovise lirik menjadi lebih kelakar. Selalu mengambil jalan selamat dengan menggunakan lirik berunsur nasihat. Begitu persembahan kedua. Juga seimbang dan bagus namum kali ini watak mamat agak terhad seakan tidak penting. Namum kehadiran Dafi diakhir persembahan juga amat bermakna pada mereka yang acapkali menjual nama Dafi di dalam persembahan mereka

Antara Persembahan Terbaik:

Silent komedi (bomoh & pontianak), muzikal komedi (lagu hotel California), lawak rewang, nak bersalin, merisik bersama badul, Manisnya Kurma Itu

Sekinchan Ikan Bakar- ampang waterfront II


Menggunakan tagline Segar, sedap dan halal. Saya ingin berkongsi sedikit apa yang saya dapat saripada pengalaman saya di sekinchan ikan bakar. Saya telah mengunjungi Restoran tersebut di cawangan ampang waterfront II. sebenarnya cawangan ini masih baru dibandingkan dengan yang lain. namun nama sekinchan ikan bakar ini sendiri sudah cukup tekenal dalam bidang ikan bakar dilembah kelang ini.





Mungkin sewaktu saya kesana adalah dikira peak time untuk mereka. hari minggu dihujung bulan. jam 8 malam semua meja sudah penuh. bg keseluruhan service saya mengandaikan agak sederhana kerana ada beberapa servis yang kurang selesa pada saya antaranya ketiadaan tisu (bagi meja kami sahaja), air yang datang terlalu lambat. malah agak malang pada saya air yang saya order air tembikai laici langsung tidak diletak gula. saya agak mungkin kerana kelam kabut dengan kehadiran pelanggan terlalu ramai.




Sy suka kerang bakar mereka kerana memenuhi citarasa saya yang sukakan ala2 lembab dan mentah. saya suka. dari segi kesegaran produk memang seperti dijangka. terjamin. namum sedikit kecewa dengan sambal yag dibakar/reneh bersama itu agak kurang pada saya.





mungkin secara peribadi saya akan membandingkan dengan ikan bakar jalan belamy (belakang istana negara) pada saya itu masih yang terbaik. tp dari segi kesegaran. sekinchan nampaknya mendahului.




cara pembakaran juga nampaknya agak menjadi bagi sekinchan . saya juga ada order sotong bakar juga hari tersebut. sotong dia biasa-biasa sahaja.




Tapi sayang sy tidak boleh memberi komen mengenai harga kerana dihari itu bukan saya yang membayar segala makanan. insyaallah kalau ada kesempatan lain saya ke sana lagi saya cuba memastikan mengenai harganya ye




secara keseluruhan sy memberikan 7 daripada 10 bintang untuk sekinchan ikan bakar




Mengahwini Wanita Hamil

(sumber: email yang dihantar oleh kawan-kawan)


Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5. Perkahwinanseumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanyamemilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luarnikah, cepat cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAKSAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila...

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan laintimbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sinikerana ianya amat penting:


Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belumberkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.....................................................................................................................


Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwinigadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itudilahirkan.....................................................................................................................


Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin? Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak bolehmengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepadabayi yang dikandung itu. ....................................................................................................................


Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untukmemperbetulkan keadaan? Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggusehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulahmereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.....................................................................................................................


Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan? Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itutidak sah......................................................................................................................


Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah? Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untukmenuntut apa-apa daripada ayahnya.........................................................................................................................


Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anaktersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannyasendiri? Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram..........................................................................................................................


Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (ataubukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yangsewajarnya? Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehinggaperempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah...........................................................................................................................


Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakahsaya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kainsendiri? Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawabanda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkankeadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahantidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Cerita Pilu Kembar siam

Semalam sy terbaca satu kisah di India bila seorang bapa memohon supaya nyawa anaknya dihentikan. Lihat berita dibawah:




PATNA, India - Tidak tahan melihat penderitaan anak kembar siamnya yang melekat di kepala, seorang bapa dari India memohon supaya membenarkan anaknya mati jika tiada bantuan kewangan untuk membolehkan mereka menjalani rawatan.
Saba dan Farah Shakeel, 15, menderita sakit kepala yang teruk, sakit sendi dan kesukaran untuk bertutur sepanjang mereka membesar.
Dua gadis itu sebelum ini pernah menerima bantuan hasil campur tangan daripada Putera Mahkota Abu Dhabi tetapi bapa mereka Mohammed yang bekerja di gerai teh di Patna kini tidak lagi mampu membiayai kos rawatan anaknya yang tinggi.
Pasukan pakar kembar siam yang diketuai oleh Benjamin Carson dari Amerika Syarikat mendapati kembar tersebut berkongsi saluran darah utama di otak dan mempunyai dua buah ginjal. – Agensi

Sungguh tragis, menariknya kisah tersebut dipaparkan selang beberapa hari selepas sambutan hari bapa diadakan. Betapa kasih sayang seorang bapa membawa kesyurga.

Memang agak pilu mengenangkan nasib mereka2 yang dilahirkan sebagai kembar siam ini. Dilaporkan kembar siam ini agak jarang berlaku hanya satu dalam 50,000 hingga 80,000 kelahiran. Dan hanya satu bg setiap 250,000 kelahiran kembar siam akan hidup. Menakjubkan


Dari mana dtgnya gelaran kembar siam. Ya betul, ia datangnya daripada kembar pertama seumpamanya dijumpai adalah dari siam (kini adalan dikenali Negara Thailand). Kembar tersebut Chang dan Eng Bunker dilahirkan pada 11 Mei 1811. Pasangan kembar yang dikatakan melekat pada bahagian tulang dada hingga ke paras pusat ini kemudian menetap di Amerika Syarikat. Bagaimanapun, pasangan kembar ini dikatakan berpeluang menikmati kehidupan dalam jangka masa panjang dan bahagia sehingga mencecah usia 63 tahun


Dimalaysia sendiri kita mempunya beberapa sejarah kembar siam antaranya yang dapat kita sorotkan disini;


Pasangan pertama Anita dan Aniza, dua gadis dari Kampung Parit Bentara Dua, Bagan Serai, Perak dilahirkan 22 Disember 1981. menjalani pembedahan pemisahan oleh sekumpulan doktor pakar Hospital Universiti (kini Pusat Perubatan Universiti Malaya).


Juga pada Februari 1995 bagi Pasangan kembar Aida Safa dan Aina Safi berusia lima bulan yang bercantum di bahagian perut dan berkongsi hati meninggal dunia selepas 104 hari dibedah bagi memisahkan mereka di di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur .


Pada September 2002 - Kembar siam dari Malaysia, Ahmad dan Muhammad berjaya dipisahkan menerusi pembedahan selama 22 jam 45 minit yang dilakukan oleh sepasukan 17 pakar bedah, sembilan jururawat dan 15 pasukan sokongan di Hospital King Fahad National Guard, King Abdul Aziz Medical City, Riyadh, Arab Saudi. Kini mereka berjaya menjalani hidup sebagai kanak2 biasa bersekolahs seperti biasa walaupun hanya dengan sebelah kaki


Antara pasangan kembar siam lain yang menggemparkan dunia adalah pasangan terkenal dari Iran iaitu Ladan Bijani dan Laleh Bijani. Mereka merupakan pasangan kembar yang melekat di otak. Mereka mengalami komplikasi pembedahan akibat pendarahan teruk di otak semasa proses memisahkan salur darah besar otak di Singapura pada tahun 2003 dan meninggal dunia pada umur 29 tahun

Kepada mereka yang diuji dengan kehadiran pasangan kembar siam ini. Usah bimbang usah ragu. Teknologi perubatan sekarang sudah berkembang pesat dan sudah bayak alatan canggih dan ubatan diluar jangkauan minda manusia biasa terhasil. Usah berputus asa. Pasti ada jalan keluarnya. Pada saya dengan mematikan amanat tuhan itu adalah bermakna kita menolak anugerah itu. Ada lebih baik kita terima tugas itu dengan menjaganya dengan lebih baik. mungkin disitu lubuk pahala anda. insyaallah

Man from Cameron Highlands is among Australia's richest

Sumber : http://thestar.com.my/news/story


MELBOURNE: A man from humble beginnings in Cameron Highlands is today Australia's wealthiest Malaysian-born with a fortune of A$950mil (RM3.06bil) made from coal mining.

Sam Chong, 68, has kept a low profile and managed to avoid the limelight until last week when the Business Review Weekly (BRW) named him in its "Rich 200" list.

Publicity-shy Chong, a mining engineer, is rarely mentioned in the Australian media and when Bernama phoned him in Brisbane, where he lives, he was reluctant to talk of his success as one of Australia's biggest coal miners.

He also declined to talk of his dedication and hard work and the many years it had taken him to achieve his ambition.

According to the BRW, Chong's ascent to the ranks of Australia's richest illustrates the rapid rise in the price of coking coal used to produce iron from its ore.

Chong owns a substantial share of Jellinbah Resources, which operates two coal mines and is in the process of developing another.

Production has reached eight million tonnes a year but expansions are expected to boost production to 12 million tonnes a year by 2013.

BRW said Chong also benefited greatly from the quality of the ore in his deposits.
"Coking coal commands much higher prices than coal for power generation and Chinese demand is pushing them even higher," the magazine said.

After growing up in Cameron Highlands, where he still has fond memories of living in one of the shophouses in Tanah Rata's main street, Chong went to Ipoh for his secondary education and then to Taiwan to pursue his studies in engineering, the magazine said.

He moved to Australia in 1973 for post-graduate study in mining engineering at the University of New South Wales.

After graduating, Chong worked for several companies, always following the money trail and finally settling in Queensland's Bowen Basin, a region that produces nearly two-thirds of the world's coking coal.

BRW said Chong's career was given a big boost by working at Queensland Coal Mine Management with former "Rich 200" members Jim Gorman and the late Ken Talbot in the 1980s.

"Chong's contacts were said to be invaluable as the company gained control of mineral deposits and began to develop the Jellinbah East mine," the magazine added.

With Talbot leaving the company and Gorman selling his share to Japanese trader Marubeni Coal, Chong was left with being the only original director of Jellinbah.

These days Chong serves as a non-executive director of Jellinbah which gives him time to spend on other investments. "Not content with building significant wealth from coal, Chong is branching out into iron ore and property," BRW said.

He has a joint venture with Fox Resources to develop an iron ore project in Western Australia's Pilbara region. The plan is to take the ore deposit from exploration to production.

Chong also acquired two office buildings in Brisbane in the past five years and has been granted approval to build a A$70 million, 33-storey hotel in Brisbane's central business district. - Bernama

semoga kita mengambil teladan disini. tanpa subsidi kerajaan juga kita mampu berjaya

Perlanggaran BMW dan Lamborgini







Sumber: Forum.cari.com.my


Tidak dapat sy mengulas lanjut mengenai perlanggaran ini kerana saya cuma dapatnya dari sumber tersebut. apa yang saya tau perlanggaran berlaku sewaktu kedua-duanya dalam perjalanan pulang selepas menyaksikan GT Japan yang berlangsung di Sepang Circut semalam.


BALASUNGKAWA PAK UDA


Zami bin Ismail atau lebih dikenali dengan nama Pak Uda yang dibawa dalam sitcom pi mai pi mai tang tu telah pun kembali kerahmatullah sekitar jam 10.30 pagi 19 Jun 2011 bersamaan sambutan hari bapa. Kematiannya adalah di sabitkan dari kegagalan fungsi jantungnya di IJN Kuala Lumpur





Dilahirkan di tapah perak pada tahun 1944 dan mula bergiat aktif dalam seni tanah air sejak tahun 1960-an, Berkahwin dengan Hanizan Ibrahim dan dikurniakan 9 orang cahaya mata. Ada antara anak-anaknya juga aktif dalam bidang seni ini samada sebagai pelakon, pengarah serta penerbit. Ramai yang mengetahui Pak uda menamakan anak-anaknya dengan beberapa nama-nama yang agak janggal seperti Hitler, Wahyu, Yamashita dan Albukhman. Anak-anaknya yang sulung berusia 39 tahun dan bongsu 21 tahun. Malah difahamkan beliau juga sudahkan dikurniakan 13 cucu. Satu keluarga besar Pak Uda


Telah membintangi pelbagai drama dan 18 buah filem antaranya seperti dibawah:

1985 Roda-roda (filem) (Pelakon Utama)
1990 Mat Som (filem) (Pelakon Pembantu)
1990 Tuah (Pelakon Pembantu)
1992 Wanita Bertudung Hitam (Pelakon Pembantu)
1995 Cinta Rosevilla (Pelakon Utama)
1997 Gemerlapan (Pelakon Pembantu)
2001 Sara, Pak Mat (Pelakon Pembantu)
2001 No Problem, Pak Kidam (Pelakon Pembantu)
2003 Diari Romeo, Bapa Maya zaman 70'an(Pelakon Pembantu)
2006 Man Laksa, Tok Ketua (Pelakon Pembantu)
2007 Zombie Kampung Pisang, Pak Abu (Pelakon Pembantu)
2007 9 September, Dato' (Pelakon Pembantu)
2008 Dunia Baru The Movie, Pengantin Lelaki (Pelakon Pembantu)
2009 Jin Hutan, Bomoh Pak Su (Pelakon Utama)
2010 Hantu Kak Limah Balik Rumah, Pak Abu (Pelakon Utama)
2010 Janin, Pak Wan Atan (Pelakon Utama)
2011 Shh... Dia Datang, Pak Da (Pelakon Pembantu)
Akan datang Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit








Dalam banyak2 watak yang paling meninggalkan kesan adalah karakter Pak uda yang suka berbutang baju senget sehinggakan menjadi ikutan malah menjadi trend warga emas ketika itu. Sumbangannya didalam pi mai pi mai tangtu bukan calang2-calang saya pernah terbaca diakatakan penangan pi mai pi mai tang tu telah membuatkan kuala Lumpur sunyi seketika tayangan dijalankan.

Di akhir2 hayatnya pula arwah banyak pula dikenali dengan nama Pak Abu bila mencipta nama dalam beberapa filem dengan pengarah hebat Mamat Khalid. Sentiasa ada sj gelagat dan aksi lucu yang menjadi ingatan penonton dilakukan arwah.

Itu la Pak Uda yang dikenali amat ‘passion’ dengan keinginannya. Boleh dikatakan dia menyumbangkan seluruh tenaga dan pengorbanannya sehingga ke hari-hari akhir arwah.

Semoga roh arwah tenang dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. amin



Nora Elena Vs Kasih Yang Suci

Berakhir sudah sinetron Nora Elena yang mengisi slot Akasia tv3 ini. Seperti diketahui umum drama bersiri ini diadaptasikan dari sebuah novel terbitan alaf 21 Kasih yang suci.. Dari sudut pengkritik drama melayu tempatan rasanya tiada yang amat istimewanya drama ini melainkan watak Seth Tan yang dilakonkan oleh Aaron Aziz itu sahaja yang membuatkan penonton terus melekat mahu lagi dan lagi menunggu kesudahan kisah rumahtangga mereka. Jalan cerita dan kesudahannya bagai sudah dijangka walaupun bagi bukan pembaca novel atau bukan peminat drama melayu sekali pun. Cereka nya hampir sama dengan cereka lain. tapi permaianan watak Seth, Nora dan Yvonne boleh dikagumi malah bakal dirindui

Sedikit sinopsis saya coret disini; Nora Elena (lakonan Siti Saleha) adalah seorang yang telah dinoda sewaktu diusia 15 tahun oleh seseorang. Menjelang hari perkahwinan dengan tunangannya bernama Idham (Zul Arifin) mendapat panggilan misteri dari seseorang mengenai kisah silam Nora telah membatalkan hasrat perkahwinan mereka. Tiba-tiba muncul jejaka berketurunan cina yang bernama Seth Tan (Aaron Aziz) untuk menggantikan sebagai pengantin lelaki. Dan disebabkan kesuntukan waktu. Segalanya diterima. Namum cinta bukan baleh datang sekelip mata. Bukan mudah untuk Seth memetik cinta Nora walaupun dia berjaya meruntuh jiwa seluruh penonton Nora Elena diluar drama dengan keromatisannya. Dalam pada itu rumahtangga mereka harus berdepan dengan cabaran oleh watak antagonis Yvone (Wan Sharmila) yang memang tergilakan Seth yang cukup sempurna ini.

Sehingga la Nora akhirnya mendapat tahu Seth adalah orang yang telah menodainya suatu ketika dulu namum pada waktu itu dia sudahpn mengandungkan anak Seth. Ketika itu rumahtangga mereka makin tergugat.

Akhirnya anak itu berjaya menyatukan mereka kembali. Dan seperti kebiasaan begitu la pengakhiran yang baik utk sebuah drama

Tahniah kepada penulis skrip drama ini Maizura Mohd Ideris juga pengarahnya Jet Li kerana telah berjaya mencipta fanomena nora Elena dinegara ini. Betul2 fanomena sehinggakan seluruh laman blog, facebook, twitter dan forum rancak bercerita mengenainya. Bukan mudah sebenarnya mengolah sebuah novel menjadi satu drama walaupun jalan ceritanya telah tersedia. Mengkin kekuatan drama ini juga adalaha pemilihan para pelakonnya yang sangat kena pada saya. Sangat menjiwai dan sebati dengan watak mereka.







Tidak ketinggalan credit kepada penulis novel Kasih yang suci, Meen Zulaikha

Sinopsis
Sepuluh tahun yang tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba - tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang - bayang yang tidak dapat dipegang.
"Hakikatnya, aku suami dan kau isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua," tegas Seth
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya...Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasa kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas itu dan wanita adalah nadi jiwa...saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling dan menerima.
Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

sinopsis dipetik dari kulit buku Kasih Yang Suci terbitan alaf21.


Saya tidak pernah berkesempatan membaca novel ini namun dari cerita rakan-rakan kisahnya hampir sama dengan apa yang dipaparkan didalam akasia Nora Elena itu sendiri

Teringat saya kepada satu emel nakal yang dihantar rakan kepada saya sedikit masa dulu. saya sertakan disini semoga ada kisah yang boleh dijadikan teladan disebalik drama romaktik ini

Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)
Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!
Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.
Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.
Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"
"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"
Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"



( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya

Buletin Utama Vs ASTRO


Sedikit tegang nmpknya persaingan semasa media tempatan nampaknya. Ini bukan perkara baru sejak dulu sudah kedengaran ada sahaja kisah-kisah perbandingan antara mereka dibuat secara langsung mahupun tidak langsung. Apa yang ingin sy ketengahkan hari ini adalah bukanla bersaing dalam isu yang sama tapi telah dibicarakan dalam medan yang sama

Terdapat satu laporan seperti dibawah telah diberitakan:

June 15, 2011 KUALA LUMPUR, 15 Jun — Melihat pada sikap golongan muda yang tidak terpikat dengan media arus perdana, Barisan Nasional (BN) terpaksa menggunakan pendekatan ceramah untuk meraih sokongan.
Dan, mengakui “media alternatif tidak boleh dikawal”, pemimpin-pemimpin Pemuda Umno memberitahu The Malaysian Insider, mereka cuba beralih kepada usaha menganjurkan ceramah umum untuk melawan cengkaman Pakatan Rakyat.

“Pengundi baru tidak mempeduli media arus perdana. Mereka tidak menonton Warta Perdana atau Buletin Utama,” kata Lokman Noor Adam, ketua Unit Pidato Pemuda BN merujuk kepada program berita perdana TV3 dan RTM1.

Beliau berkata unit itu yang ditubuhkan Khairy Jamaluddin selepas menjadi ketua Pemuda Umno pada 2009 merupakan salah satu usaha untuk mengenal pasti kegagalan BN.

“Kami tidak mempunyai sesiapa yang boleh meyakinkan publik dan mengatasi penceramah pembangkang. Dalam mengadakan program-program ini dan membawa lebih ramai orang, kami gagal,” kata Exco Pemuda Umno itu.

Beliau berkata bahawa pengundi berusia bawah 40 tahun akan meningkat kepada 80 peratus daripada keseluruhan pemilih yang baru berdaftar.

Antara pilihan raya umum 2008 dan yang ke-13, ia akan meningkat dari 41 peratus kepada 49 peratus.

Media alternatif telah mengurangkan kelebihan BN yang lebih banyak mengawal media cetak dan media penyiaran.

Perangkaan terbaru firma Audit Bureau of Circulations (ABC) sehingga 30 Jun 2010 menunjukkan edaran Utusan Malaysia milik Umno merosot 5.9 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu jatuh dari 181,346 naskhah kepada hanya 170,558.

(sambungan tidak disediakan)



Bertitik dari berita ini mlm tersebut bulletin utama telah melaporkan dengan hebatnya isu kenaikan ataupun pelarasan harga pakej yang dikenakan oleh stesen berbayar astro. Isu itu dibangkitkan oleh beberapa ahli yang berhormat dlm sidang parlimen hari yang sama.

Berikut adalah laporan susulun kepada berita kenaikan harga pakej astro tersebut oleh kementerian yang bertanggungjawab

Notis Kenaikan Bayaran Perkhidmatan Astro Dianggap Tidak Sah - Rais


PETALING JAYA, 16 Jun (Bernama) -- Notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim."Bayaran perkhidmatan asas yang dikenakan oleh Astro kepada pelanggan sekarang tidak akan diubah, apa-apa pertambahan Astro perlu berunding dahulu dengan SKMM sebelum memutuskan untuk menaikkan caj perkhidmatan mereka," katanya.Astro perlu mendapat kelulusan dari SKMM sebelum menaikkan harga perkhidmatan saluran televisyen berbayar mereka, kata Rais.Kementerian akan berbincang dengan Astro mengenai isu tersebut, kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Malam Penghargaan Industri Filem 2011 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini Rabu malam. Turut hadir ialah Ketua Pengarah Finas Mohd Mahyidin Mustakim.Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.

Ini menunjukkan betapa ‘pekanya’ ahli-ahli yang berhormat kita dalam memperjuangkan ‘rakyat didahulukan percapaian diutamakan. Media menjadi sasaran. Sasaran untuk menyalurkan maklumat dan juga saluran untuk melepaskan geram malah saluran untuk menagih undi

Tidak dinafikan betapa penting media elektronik dlm kehidupan seharian rakyat 1 malaysia ini. Saya juga adalah penonton setia buletin utama. Tp sy bukan la mak cik kampong. Memang agak jelik terkadang geram dan benci melihat ketidaktelusan siaran tersebut. Tp untuk mengetahui berita2 utama Negara sy harus mengikutinya entah sampai esok, lusa atau sampai bila-bila. Mungkin benar seperti makcik kampong yang bulat2 mempercayai apa sahaja yang diberitakan tidak seperti mereka-mereka yang sedikit punya usaha lain boleh melawat ke beberapa laman utk menyiasat kebenaran beberapa laporan tersebut

Sering saya terfikir seperti pernah diutarakan oleh mantan perdana menteri Malaysia (Tun M) sendiri. media juga harus mengkritik kerajaan sekali sekali. Benar!. Setuju 500%. Kenapa harus berat sebelah dalam melaporkan. Ini yang buatkan rakyat tidak langsung mempercayai media. Tengok sendiri sekarang berapa ramai wartawan sendiri juga sudah terang-terang dimaki hamun pembaca/pendengar sendiri

Mudahnya menghentam orang lain yang bukan dari keluarga sendiri bila mana isu astro dibangkitkan rasanya buletin utama terlalu mengambil besar isu ini hingga langsung tidak menayangkan isu tv3 sendiri juga beberapa isu lain yg dibangkitakan disidang yang sama.

Astro seperti menangguk di air keruh. Dengan kenaikan tarif elektrik yg baru sahaja diumumkan naik baru2 ini. Juga beberapa isu kenaikan beberapa produk lain rasanya kurang sesuai untuk astro mennyelarasakan harga mereka sekarang tambah lagi buat masa ini belum ada sebarang service tambahan astro yang sgt hebat blh menyamaratakan dengan bayaran yang harus dibuat pelanggan mereka. Walaupun ini Cuma 1 kehendak tp harus diingat stesen tv percuam dalam Negara ini sangat teruk dari segi penerimaannya. Ada yang sehingga langsung tidak blh dipandang oleh mata. Mau tidak mau rakyat harus melanggan tv berbayar ini menjadi keperluan untuk mencantikkan gambar tv.

Bercakap mengenai kehendak dan keperluan sebenanya tv itu pn adalah satu kehendak untuk menghiburkan mata.hati dan telinga. Tp sudah lama orang menjadikan kehendak ini satu keperluan