Mengulas sedikit persembahan mereka malam tadi sebenarnya ramai juga kecewa. Harimau masih di hantui kelemahan barisan pertahanan. Mungkin Datuk Raja perlu lakukan sesuatu di peringkat pertahanan terutama pemain-pemainnya. Jarang sekali barisan pertahanan dirombak Datuk Raja. Dia lebih memberi tumpuan kepada tengah yang tidak langsung bekerja walau di tukar ganti beberapa pemain dan juga serangan.
Dari rungutan yang saya dengar rata-rata mempersoalkan Datuk Raja seolah-olah mempunyai beberapa pemain favorite yang sentiasa diturunkan walau dikritik hebat diperlawanan sebelumnya yang tidak pernah membantu. Mungkin Datuk Raja mempunyai alasan sendiri seperti sebelum ini dia pernah mengatakan itu hak dia untuk membariskan siapa pemain pilihannya. Mungkin juga Datuk Raja melihat potensi kepada seseorang pemain itu, sekarang adalah sessi pendedahan mereka. Tapi perlukah perlawanan sepenting ini masih dijadikan sessi pendedahan ?
Secara peribadi dari perhatian saya, Malaysia mempunyai beberapa pemain-pemain yang hebat. tetapi mereka hebat dari segi ‘individually’ mahupun hanya teknik-teknik atau dalam satu dua tektik tertentu. Contohnya kita mempunyai penjaga gawang hebat seperti Khairul Fahmi malah Ahmad Sharbini juga tidak kurang hebatnya. Namun dalam satu-satu keadaan diluar kawalan penjaga gol juga. Lagi kita juga mempunya penyerang hebat Safee Sali, Nor Shahrul, Hadi dan beberapa nama lagi. Tapi sukar untuk mereka mendapat peluang juga. Samada bola yang tidak sampai ataupun keadaan yang terlalu rumit. Kita juga mempunya pakar tendangan percuma dan sudut seperti Shafik Rahim juga Aidil Zafuan tapi kekangan lain menyebabkan mereka tidak mampu berada dipadang. Tapi ini semua tidak banyak membantu untuk menjadikan Harimau Malaya idaman ramai. Kenapa?
Pandangan saya kita harus lebih tajamkan permainan pasukan. Dalam bola sepak yang penting satu pasukan. Samada komunikasi atau persefahaman sesama sendiri agak longgar atau bagaimana boleh la Datuk Raja membuat sedikir selidik menjelang sukan sea hujung tahun nanti
Untuk malam tadi ramai yang memberi kredit kepada penjaga gol Negara Khairul Fahmi aka apek dan Safee Sali kerana mereka betul-betul menampakkan bermain habis-habisan demi Negara yang lain sekadar melepaskan batuk ditangga. Sedikit pujian untuk Gunalan yang sentiasa lincah di padang namun terkadang agak gentar didepan gawang. Bagaimana hanya 3 4 orang sahaja yang bermati-matian yang lain semuanya tenggelam.
Menariknya Datuk Raja tidak pernah menyalahkan sesiapa dlm suatu2 perlawanan. Sebagai bos dia seorang yang bagus dan bertanggungjawab. Tapi kami mahukan lebih
Apa pun terima kasih harimau Malaya menjadikan kami satu Malaysia bersatu disatu malam demi sebiji bola. Tahniah juga atas perjuangan anda semua selama ini