Bola sepak; Kau tunggu singa, belang harimau takkan hilang

Perlawanan pertama pra-kelayakan piala dunia yang diadakan di Singapura Sabtu lepas yang berkesudahan Malaysia tewas 3-5 sebenarnya belum berakhir. Timbal balik akan diadakan di Bukit Jalil Khamis nanti.



Saya percaya Malaysia akan memberi tekanan maha hebat walau apa liku sekalipun berlaku. Usah di pedulikan kapten utama yang hanya mampu menjadi penonton hasil tindakan samada pengadil silap mahupun Shafik Rahim sendiri yang agak kasar.


Perihal kad merah itu saya sebenarnya seperti terpegun dengan tendangan kaki Shafik yang menerjah perut pihak lawan ketika itu. tidak dapat dipastikan apa sebenarnya motif shafik ketika itu, dari keterangannya seakan dia ingin menyepak bola ketika itu. Apa saja alasan yang diberikan nasi sudah menjadi bubur. sedikit sebanyak bak kata Jurulatih Datuk Raja mengatakan tektikal mereka sedikit terganggu. namun Harimau Malaya bukan hanya pada Shafik seorang. Ini satu cabaran untuk pemain lain juga.


Saya juga agak kecewa dengan persembahan Ahmad Sharbini, penjaga gawang negara malam tersebut. memang diakui pergerakan bola yang sangat laju dan sukar dijangka mungkin sedikit sebanyak menyukarkan Sharbini. Saya tetap mengatakan Sharbini tidak menunjukkan keseluruhan kecekapan dia seperti sebelum ini.

Trivia:

~ beberapa rombongan penyokong dari malaysia telah berkampung di Stadium tersebut untuk menyokong pasukan Malaysia

~perlawanan telah di adakan di atas padang rumput tiruan

~ kedua-dua pasukan bermain dengan 10 pemain di pertengah babak kedua

~ Singapura memang banyak menggunakan pemain import

0 comments:

Post a Comment