Pasangan khalwat termahal dalam sejarah



Tiba-tiba minggu lepas industri hiburan dikejutkan dengan sidang akhbar mengenai perkahwinan pasangan sensasi Negara. Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Setelah ditangkap khalwat bebrapa tahun lepas mereka sering dijadikan sasaran peminat hiburan tanah air samada sebagai pemuji mahupun pencerca. Apatah lagi kesnya belum pun selesai dibicarakan dimakhamah

Menerima tajaan mewah sehingga RM12juta satu pencapaian terbaik mereka di bidang ini apatah lagi mereka berdua seingat saya tidak pernah sekalipun memenangi sebarang anugerah besar. tidak pasti pernah dicalonkan atau tidak. Tapi siapakah mereka sehingga penaja sanggup membelanjakan sedemikian besar. Alasan diberikan penaja, mereka sentiasa menjadi buruan lensa kamera dan buruan penonton.

Pasangan khalwat yang namanya tidak pernah bersih dari kontroversi dan bakat mereka pada saya hanya diperingkat pertengahan atau lebih mudah dianggap masih murahan tetapi untungnya mendapat tajaan jutaan ringgit. Seingat saya bakal pengantin lelaki juga dikatakan belum melangsaikan hutang kahwin dengan bekas isterinya.



Saya tidak pasti dari sudut mana penaja memandang namun apa yang saya dengar sekarang rata-rata tidak berpuas hati. Bukan dengki cemburu tetapi sebenarnya pasangan ini adalah antara pasangan yang paling ramai dikutuk. Setiap gerak geri dan percakapan segalanya dikritik. Layakkan mendapat sedemikian besar penghargaan dari penaja?

Namun rezeki orang memang tiada siapa dapat menjangka. Semoga perkahwinan termahal tahun ini bakal menjadikan mereka lebih bahagia. Menariknya mereka bakal dikatakan ‘wedding of year 2011’ mengalahkan beberapa pasangan lain yg rata-ratanya berkahwin dengan hasil titik peluh sendiri kalaupun ditaja tidak la sampai jutaan ringgit

Tekaan saya selama ini mereka kerap kali menangguhkan majlis mereka kerana belum mendapat tajaan menarik. Gigih betul mereka mencari penaja. Satu usaha yang berbaloi. Tahniah



















TRIVIA:

Sumber mstar & kosmo

~ sebanyak enam penaja yang akan bekerjasama dengan Rafflesia iaitu Lords Tailor, Snips, Angsana Spa, Crown Plaza, Naz(pereka pelamin dan dewan) dan Prof. Datuk Jimmy Choo.

~ Memey akan memakai sebanyak dua persalinan baju dan antara tajaan yang diterima ialah, set barangan kemas yang bernilai RM5.6 juta, gaun bertatahkan mutiara Rafflesia bernilai RM1 juta - mengalahkan persalinan Datuk siti Nurhaliza di hari perkahwinannya suatu ketika dahulu

~ 2 pasang kasut daripada Prof Dr Jimmy Choo bernilai hampir RM1 juta - menyaingi Lady Diana

~ bertemakan New York – harap-harap mereka pun pernah ke New York. Atau mengharapkan tajaan bulan madu juga ke New York

~ Artis jemputan dari luar Negara akan menyanyikan lagu-lagu cinta di hari persandingan – Kenalkah artis ini pada pasangan merpati sejoli ini

~ menggunakan khidmat perancang Bill Bora – adakah ini juga ditaja?

~ pernikahan akan diadakan 24 September depan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor dan pada keesokan harinya, resepsi di rumah pihak perempuan akan diadakan – menghitung hari la ni

~ hanya 200 orang tetamu sahaja di undang iaitu pihak media dan selebriti – budget kut

~ Majlis resepsi di Crown Plaza Mutiara Hotel pada 28 September diadakan eksklusif

~ pasangan pengantin selebriti pertama Malaysia yang akan menerima sepasang kasut rekaan khas daripada pereka kasut terkemuka dunia, Datuk Jimmy Choo

~ Norman berusia 35 tahun dan memey 23 tahun

0 comments:

Post a Comment