foto sumber: hazmanfadzil.com
Penantian selama berpuluh tahun Negara kita Malaysia untuk melayakkan diri ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia akhirnya berjaya melalui pertaruhan nasib malam tadi di hadapan puluhan ribu penyokong tuan rumah Taiwan. Walaupun kalah tipis 2-3 berbekalkan kemenangan 2-1 diperlawanan pertama di bukit jalil minggu lalu menjadikan aggregate perlawanan 4-4 memihak kepada pasukan kita dengan kelebihan 2 gol ditempat lawan yang dijaringkan 2 tonggak harapan Negara.
Jika dirangkul secara keseluruhan kedua-dua perlawanan samada di Bukit Jalil mahupun di stadium Bandaraya Taiwan, bukanla persembahan terbaik harimau Malaya apatah lagi jika dibanding dengan beberapa perlawanan persahabatan yang dipamerkan sebelum ini mereka agak cemerlang.
Mungkin dihantui beberapa kecederaan beberapa pemain utama juga penglibatan pemain yang sama di dalam skuad kelayakan olimpik juga sedang rancak berkempen, dilihat terdapat sedikit konflik siapa yang harus diturunkan mungkin kan Malaysia sekarang terlalu ramai pemain yang boleh berada di kesebelasan utama antarabangsa ataupun kesemua puluhan senarai akhir pemain-pemain tersebut belum cukup layak untuk beraksi dia arena antarabangsa
Berbalik kepada perlawanan semalam yang tampaknya longgar diperbagai aspek. Pujian harus diberikan kepada penjaga gawang Ahmad Sharbini yang beraksi cemerlang bukan sahaja menyelamatkan 1 tendangan penalti pihak lawan malah berkali2 menyelamatkan sepakan beberapa serangan kearah pintu gol kita. tutup mata kesalahan beliau menghadiahkan gol penyamaan Taiwan juga menerusi tendangan pealdi apabila dia sendiri dihadiahkan kad kuning kononya dikatakan sedikit kekasaran terhadap pemain tuan rumah ketika itu
Tidak usah diungkit cerita tentang pengadil utama itu yang sejak dari dulu agak kurang senang jika mengadili perlawanan yang melibatkan Negara Malaysia. Walaupun agak kurang professional dengan 3 tendangan penalti untuk pasukan tuan rumah dan pernah sekali Malaysia seakan menagih simpati memohon supaya juga diberi tendangan penalti sepertimana tuan rumah namum langsung tidak diendahkan pengadil dari Vietnam itu
Saya tertarik gol cantik dijaringkan Aidil Zafuan pada minit ke 7 separuh masa pertama itu. Tenang tapi cukup deras. Sebenarnya, bola terkena palang dan melantun terus kegawang Taiwan. Gol itu djaringkan terus hasil dari tendangan percuma diluarkotak D. Gol kedua tidak kurang menariknya juga dijaringkan dari tendangan percuma terus dari Syafik Rahim. Nampaknya Malaysia amat baik dalam mengambil tendangan percuma dan tendangan sudut kerana pada perlawan pertama dulu gol kedua dari Aidil Zafuan juga dihasilkan hasil dari tendangan sudut. Malangnya semalam tidak banyak peluang tendangan percuma diberikan kepada Malaysia Jika tidak mungkin kebarangkalian menambahkan jumalah gol amat besar.
Dalam ke empat-empat gol yang dijaringkan Malaysia dia pusingan pertama ini hanya satu dihasilkan dalam petak D iaitu melaui Aidil Zafuan dari tendangan sudut syafik Rahim di perlawanan pertama dulu.
Bermakna kita mempunyai beberapa pemain yang mampu meledak tendangan tepat dan laju namum taktikal menyerang agak kurang
Apa- apa pun mari la kita mendoakan Datuk Raja mampu melakukan sesuatu sebelum perlawanan kedua yang lebih mencabar menentang Singapore 23 Julai nanti. Seluruh rakyat jelata menanti amukan harimau kembali mengaum walaupun berdepan singa jiran tetangga
0 comments:
Post a Comment