Kisah seorang remaja perempuan tingkatan 4 di Johor bernama Nurrahayu Qomarodin Bajuri yg hilang 14 Jun lalu dan dijumpai dalam keadaan sungguh tragis baru-baru ini terpanggil saya untuk memberi sedikit komen.
Saya tidak akan memetik sebarang berita yang disampaikan di media namun saya Cuma ingin mengulas serta memberikan sedikit idea dan pendapat
Serasa saya ini bukan la kes pertama seumpamanya berlaku. Dan saya percaya bukan juga yang terakhir. Malah makin hari makin tragis makin diluar capaian akal manusia normal. Cara pembunuhannya juga sungguh ‘kreatif’. Samada pembunuh memang mahu menghilangkan bukti atau pembunuh ingin bereksperimen dengan cara mahu mencabar kehebatan para penyiasat. Siaran televisyen barat yang banyak memaparkan samada kisah penyiasatan mahupun kisah pembunuhan sikit sebanyak menyumbang kepada ‘kekreatifan’ mereka
Terdahulu ingin saya memohon maaf andai tulisan ini sedikit menggunakan ayat sinis dan mengusik hati mereka yang berkenaan. Saya ingin membuat teguran secara terbuka. Ini Cuma pendapat peribadi saya
Sebenarnya saya lagi tertarik untuk mengulas isu anak gadis ini yang seusia 16 tahun mempunyai seorang teman lelaki dan daripada pembacaan saya keluarganya mengetahui hubungan arwah dengan teman lelakinya. Wajarkah anak gadis ini yang masih dibangku sekolah keluar berdua-duaan dengan teman lelakinya di malam hari walaupun dengan pengetahuan keluarga? Di waktu semua orang bimbang dan risau keadaan sekeliling dan saban hari diancam segala jenis jenayah terang-terang keluarga sendiri membenarkan dan memberi peluang jenayah itu berlaku dengan mudah.
Sedikit pendapat saya di Negara kita ini (yang sebenarnya berlaku juga dibeberapa negara-negara lain) ikatan institusi keluarga itu terlalu rapuh. Saya berani katakan hampir 70-80% jenayah dan masalah social Malaysia adalah bertitik tolak dari institusi keluarga.
mana hilangnya tanggungjawab ibu dan bapa yang diamanahkan menjaga anak itu. Apatah lagi ia seorang gadis islam. Jika sekalipun ibu bapa bekerja jika dididik seawal usia menghadkan pergerakan mereka, mendisiplinkan mereka. Tidak perlu memaksa mereka tapi mengajar mereka.
Saya juga berpendapat ada kemungkinan tuntutan taraf kehidupan masa kini memaksa institusi kekeluargaan ini diketepikan bagi mengdahulukan mencari sesuap nasi. Kerana hampir pasti dizaman sekarang wang teramat penting dari anak yang baik
Bila terjadi sebarang kejadian tidak diingini begini usahlah di salahkan orang lain. ada lebih baik perbaiki institusi kekeluargaan itu sendiri. saya amat berharap kerajaan sendiri blh memberi lebih keutamaan dan perhatian membentuk lebih banyak program-program menekankan ilmu kekeluargaan. Dan ada labih baik ilmu ini diserapa seawal mungkin. Mungkin dalam sessi kursus pra-perkahwinan. Kerana dari pengalaman saya kursus pra-perkahwinan ni langsung tiada point besar yang diutamakan selain akta nikah cerai. Ada lebih baik ditekan kan cara kehidupan seharian suami isteri. Tidak usah terlalu bergantung kepada buku kita harus lebih banyak mengajar realistic kehidupan. Kerana reality kehidupan itu la yg selalu dipermudahkan itu yang selalu dilupakan.
Asas kehidupan dan kekeluargaan yg diterapkan nenek moyang kita dulu-dulu sebenarnya hampir lengkap Cuma bilamana dicampur dan dipengaruhi factor luaran itu kita hampir keliru yang mana satu harus diutamakan antara keperluan dan ikutan.
Semoga sama-sama kita berdoa kita dijauhi dari segala bencana mahupun kecelakaan akibat kekurangan dan kecuaian kita sendiri… amin

0 comments:
Post a Comment