Setelah lebih sebulan berada di pawagam-pawagam tempatan. Akhirnya KL gangster kini boleh ditonton di siaran berbayar astro first. baru la saya berkesempatan menontonnya minggu lalu. Sedikit ulasan mengenai filem yang dikatakan telah memecah rekod baru kutipan filem melayu setakat ini.
Jika dibandingkan jalan cerita dan tema ceritanya adalah lebih berat berbanding beberapa filem box office lain yang kurang sama cara promosinya. Namun pendapat peribadi saya ini masih bukan filem terbaik yang boleh dihasilkan para penggiat seni Negara. Masih terdapat beberapa kelemahan dan kelonggaran ketara didalam filem ini. Namun kutipan yang dikatakan belasan juta itu dianggap rezeki syamsul yusuf mahu pun scop production.
Awalnya ingin saya senarai beberapa kekuatan filem ini yang agak lari dari keterbiasaan filem tempatan yang sering diwar-warkan harus mengikut kehendak penonton. Tidak menggunakan nama-nama besar dan berpengaruh sebagai pelakon tapi menyenaraikan pelakon hebat dan sesuai dengan karakter masing-masing hampir kesemua pelakon harus dipuji kerana memainkan semua watak-watak yang banyak mewarnai filem ini. Tidak menggunakan pelakon wanita sebagai heroin cukup dengan ibu malek dan adik malek yang hnya 4 5 scene sahaja. tidak la besar sangat peranannya sekadar menambahkan plot cerita sahaja. itu sudah cukup bagi sebuah filem aksi yang menjadi tema utama
Beberapa pelakon hebat contohnya seperti pelakon yang memainkan watak ‘ajib’ sampai sekarang saya masih belum berkesempatan mencari nama penuh pelakon ini namun lakon watak nya sangat menjadi. tidak perlu bersandar kepada bentuk tubuh yang sasa. Cukup dengan pembawakan watak itu agak menjadi buat dia. juga pujian kepada zizan yang banyak mewarnai filem ini juga. Mungkin diawalnya orang beranggapan meletakkan zizan adalah sebagai pelaris kepada filem tersebut tapi selepas menonton saya beranggapan zizan disini bukan sebagai pelaris tapi pewarna. Jika seandainya watak zizan ini diganti pelakon hebat lain juga saya tidak terkejut sekiranya filem ini masih mendapat sambutan yang baik. jadi saya terus menyangka; dakwaan pengunnaan nama zizan
Berkisar kepada kisah yang agak sukar didedahkan oleh orang sekarang mungkin kerana sensitivity mahupun tidak cukup bahan untuk diketengahkan. Rasanya ini cabaran yang syamsul galas dengan baik sebagai seorang anak muda seharusnya dia la antara yang boleh mewakili generasinya memparkan kisah yang agak tersembunyi selama ini.
Saya juga ingin memberi kredit kepada penulis krip cerita ini agak bagus. Beberapa terma baru untuk gangster dicipta kini jadi bualan anak muda. Terhibur juga saya dengan susunan skrip mereka
Satu lagi antara sebab kejayaan kl gangster bilamana penambahan kontroversi dari beberapa pihak lain. ini sedikit sebanyak mempengaruhi kutipan penonton. Namun bukan la penyumbang besar.
Ingin sedikit menyentuh kekurangan filem ini antaranya watak syamsul yang pada saya harus lebih banyak harus dipertingkatkan lagi. Mungkin kali pertama memegang watak negative berbanding selama ini dengan watak ala-ala abang jiwang; atau rasanya tidak sedikitpun rugi dipihak scop sekiranya watak itu diberi orang lain. namun seakan trend dalam filem arahan syamsul. Harus ada watak untuk diri sendiri.
Juga mengenai watak ceritanya agak kabur. Saya tidak dapat dipastikan yang mana melayu yang mana cina atau lain-lain kaum. Cara percakapan syamsul seakan dia seorang cina nenbawa watak ‘shark’ agak kurang sesuai watak cina dimainkan syamsul. Ada juga beberapa watak hampir saya keliru siapa sebenarkan cina. Mungkin itu juga adalah bahasa biasa bagi seorang gangster yang seakan mengajuk loghat cina.
Aaron aziz agak tenggelam mungkin juga kerana watak gangser insaf itu. Sesuai dengan perwatakan peribadi aaron yang dikenali sebagai suka bermain emosi dan suka menyentap dalaman penonton. Begitu juga watak adi putra mungkin sesetangah orang memandang cara lakonanya agak keterlaluan atau dibuat-buat. gangster pada sy sememangnya begitu la seorang gangster yang kekadang Cuma luaran nampak gah tapi dalaman tetap ada taman. Namun taman ‘Jai’ ini tidak bersinar tanpa duit baginya
Secara keseluruhan saya menganggap filem ini lebih Cuma satu tangga berbanding filem-filem lain yang juga mencapai box office sebelum ini. Cuma beberapa factor lain banyak membantu menjarakkan kutipan file mini dengan filem-filem melayu lain sebelumnya
Syabas untuk syamsul dan saya seperti pernah terbaca yang akan ada kesinambungan filem KL gangster ini. Mungkin beberapa komen saya juga boleh digunapakai. 8 bintang untuk KL Gangster

0 comments:
Post a Comment